Saya Akan Membeli 300 Juta Untuk Naby Kieta – Jurgen Klopp

Audi Cup semalam telah di mulakan langkah kanan buat skuad The Reds apabila mudah menundukkan Hertha Berlin 3 gol berbalas kosong asil jaringan Solanke,Wilnaljdum Dan Mohamed Salah.

Semasa tamat perlawanan Jurgen Klopp begitu Gembira melihat prestasi Pemain baru yang beliau bawa masuk musim ini seperti Solanke dan Mohamed Salah tidak lupa juga dengan pemain Hull city Robertson yang cemerlang di bahagian kiri pertahanan apabila menunjukkan kemahiran “Over Laping” beliau dari belah kiri.

Namun yang menjadi tumpuan semalam apabila Jurgen Klopp di temu bual oleh beberapa wakil media Dan beliau di soal beberapa kali oleh media tentang pemain yang beliau beli dan akan beli. Jawapan Klopp begitu mencuit hati sebilangan media apabila menjawab sesuatu yang pelik dan ajaib lalu membuat media ketawa.

“tentang Solanke dan Salah mereka bermain seperti sudah lama bersama pasukan ini dan tidak lupa juga robertson yang mengantikan Moreno yang sedikit mengecewakan cara Beliau bertahan”

Saya akan cuba nanti bila balik ke England untuk mendatangkan Naby Kieta pula dengan harga 300 juta(senyum monyet klopp) saya cuma bergurau, tentang Kieta saya belum boleh mengatakan apa-apa”

“Semua pemain menunjukkan prestasi baik dan saya gembira tiada pemain saya yang mengalami kecederaan tadi, ini sangat baik buat kami terutamanya Daniel Sturridge(Klopp perli)”

“Masih terlalu awal untuk saya letakkan harapan pemain baru namun ini yang saya inginkan dari musim lalu kini kami dalam pengembaraan membina sesuatu untuk musim depan ,pemain yang saya inginkan adalah bagi menambah kelemahan yang ada bukan pembelian untuk jadi bintang dalam pasukan kerana saya utamakan kerja berpasukan ia lebih berkuasa dari seorang pemain bintang itu”

Walaupun Jurgen Klopp bergurau namun media berpendapat ia ada isi tersirat dari percakapan klopp untuk mendapatkan pemain baru bagi memperkukuhkan lagi skuad The reds untuk saingan EPL dan Liga juara-juara nanti.

Sekiranya Klopp tidak mendapatkan Kieta mungkin kah Beliau mencari pemain di Jerman, bak patah pepatah sambil menyelam minum Milo. (You Know what i means )??.

*300 juta cuma gurauan Klopp Jadi nak juga tahu ada ke duit 300 juta tu Klopp klau ada baik angkat Neymar ,sanchez dan Modric*

Post Author: LMREDS Writer