Jurgen Klopp Tegur Joe Gomez Untuk Tidak Membina Otot

Jurgen Klopp memberi nasihat kepada anak buah Beliau Joe Gomez tentang kecederaan yang Gomez hadapi musim lalu yang memaksa Pemain tersebut berehat hampir setahun akibat Kesakitan badan dan otot Beliau selepas bermain bolasepak.

Joe Gomez kini dalam perancangan Klopp untuk menjadi pemain pertahanan serbah boleh untuk bermain di posisi semua pertahanan kerana kemahiran bertahan yang baik setiap perlawanan, namun Klopp menegur Beliau agar tidak membina otot Beliau lagi dengan mengangkat besi berat”Pumping Iron” kerana ia menyebabkan beliau Sering cedera.

“Saya sudah bercakap panjang mengenai kecederaan beliau musim lalu, saya memberitahu beliau agar tidak membina otot lagi kerana di situ penyebab Beliau kehilangan dalam pasukan utama nanti”

Membina otot untuk pasukan pertahanan baik tapi ia lebih sesuai untuk lelaki yang berada di Tepi pantai menikmati matahari dengan seluar dalam getah mereka”

“Beliau sudah kembali musim lalu di pertengahan liga tapi dia kembali untuk cedera, dia turut kembali lagi dan ia tetap sama ia cedera lagi”

“Joe mampu bermain di pelbagai posisi kiri dan kanan pertahanan dan Beliau ada kelebihan di udara Jadi ia sempurnah sekali untuk bertahan”

Joe gomez telah membantu England 19U dan 23U dalam beberapa kejohanan dunia dan Beliau juga pernah tercalon dalam “LFE championship apprentice Award”.

Namun kecederaan demi kecederaan yang beliau hadapi membataskan pemilihan Beliau ke skuad utama Liverpool musim lalu dan kini beliau diberi kepercayaan oleh Klopp.

*Yang nak bina otot tu fikir-fikirkan lah apa yang Klopp kata,guna seluar dalam getah berjemur tepi pantai okkk*

Post Author: LMREDS Writer