Wijnaldum : Salah Betul Betul “Boleh Terbang!”

Pemain tengah Liverpool itu teruja setelah melihat rakan sepasukan barunya menjaringkan gol ketiga LFC dalam perlawanan semalam.

Ianya merupakan gol ketiga Salah dalam kempen perlawanan sepanjang pramusim ini, selepas membantu Reds menjaringkan gol ketika menentang Wigan dan juga Leicester City.

Menurut Wijnaldum dalam LFC.TV :

“Beliau betul betul boleh terbang. Saya tidak melihat gol beliau kerana masa itu saya berada di bilik persalinan, tapi saya mendengar ia jaringan yang cantik sekali”.

“Apa yang saya boleh katakan beliau sudah selesa di sini, beliau bukan sahaja pemain yang hebat malahan individu yang hebat”.

“Itu lebih mudah buat beliau dan untuk kami menerima kehadiran beliau”.

“Sejak kehadiran beliau di sini, beliau lebih suka bermain mengikut kegemarannya. Itu yang menyenangkan hati kami”.

Semalam adalah satu perlawanan di mana Jurgen Klopp mahu melihat aksi pemain sayapnya terutama setelah kembalinya Sadio Mane dari kecederaan.

Wijnaldum pula sudah merasai bagaimana rentak permainan pemain sayap ini ketika latihan dan bersetuju bahawa Sadio Mane dan Mohamad Salah akan memberikan ancaman terhadap pertahanan mana mana pasukan EPL pada 2017 2018.

“Ianya sangat bagus jika bermain di samping pemain yang bagus, dan bila mereka juga laju seperti Mane dan Salah ianya memudahkan tugas kami”.

“Pasukan lawan harus berhati hati dengan kelibat kedua dua pemain ini, dengan melakukan hantaran dan beralih ke tempat lain selepas itu dengan pantas”.

“Jadi semua pemain dapat faedah daripada dua pemain sayap Liverpool itu”.

ADMIN

Tugasan Liverpool seterusnya adalah menentang Bayern Munich dalam kempen Audi Cup pada 01 Ogos 2017.

Sumber : This Is Anfield.

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman