Hamstring | Bintang Liverpool Ini Terlepas vs Watford

Bintang Liverpool Ini Dijangka Terlepas Perlawanan vs Watford Akibat Kecederaan Hamstring

Pemain pertahanan Liverpool, Nathaniel Clyne akan terlepas peluang untuk perlawanan pembukaan musim ini, akibat telah mengalami kecederaan hamstring dan belakang.

Clyne juga telah terlepas lawatan ke Asia dan turut tidak mengikuti lawatan ke Jerman untuk menghadapi Piala Audi.

Beliau kini diragui untuk diturunkan dalam perlawanan pembukaan musim baru menentang Watford. Berkemungkinan pemain muda Trent Alexander-Arnold akan menggantikan tempat beliau.

Menurut Klopp, bahagian pertahanan Liverpool sekarang sedikit goyah, kerana Clyne setakat ini langsung tidak menyertai perlawanan pra musim.

Sedangkan Alexander-Arnold umum mengetahui sememangnya seorang pemain yang hebat, tetapi beliau baru berusia 18 tahun sahaja.

Secara kasar, ya Arnold kelihatan mungkin sudah bersedia, tetapi dalam bahagian pertahanan untuk skuad utama Liverpool, beliau perlu banyak lagi untuk diperbaiki.

Dengan itu, berkemungkinan Joe Gomez akan diturunkan. Masa untuk Gomez tunjukkan sesuatu, jika tidak mahu dipinjamkan.

#ynwa
#oncearedalwaysared?

Post Author: Sepet LMreds