Loris Karius Pulih Dari Kecederaan – Manakala Lovren Pula Memulihkan Diri Di Bavarian Alps.

Penjaga gol itu akan kembali berlatih bersama pasukan menjelang pertemuan dengan Bayern Munich pada Selasa.

Pemain itu tidak diturunkan dalam kem latihan bersama pasukan setelah mengalami kecederaan pinggul.

Beliau tidak disenaraikan di dalam kesebelasan utama ketika perlawanan menentang Hertha Berlin, namun dilaporkan telah berlatih dalam sesi latihan penjaga gol bersama Simon Mignolet dan Kamil Grabara.

Manakala Danny Ward masih tersisih akibat masalah di bahagian belakang.

Dengan hari Ahad di mana kebanyakan pemain hanya merehatkan diri dan memulihkan fizikal, sebahagian pemain Liverpool telah keluar dan menaiki kereta kabel Wallberg ke aras 1,620 meter dari aras laut untuk menikmati pemandangan Tasik Tegernsee dan sebahagian Banjaran Alps di sana.

Roberto Firmino, Dejan Lovren, Alberto Moreno, Ryan Kent dan Marko Grujic sempat bergambar bersama di sana.

Foto itu dimuatkan dalam laman Instagram Lovren dengan kapsyen :

“Sangat indah”.

Just amazing…

A post shared by Dejan Lovren (@dejanlovren06) on

A post shared by Dejan Lovren (@dejanlovren06) on

ADMIN

Santapan minda sebelum menghadapi cabaran lebih besar, Audi Cup.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman