Daniel Sturridge Tidak Mempunyai Harga -Adam Lallana

Kempen Liga bakal bermula tidak lama lagi, dengan khabar ingin Daniel Sturridge akan dipinang Kelab lain.

Namun Adam Lallana menegaskan pemain itu tidak akan pergi kemana-mana kerana dia akan menjadi aset penting dalam pasukan musim Yang bakal bermula.

“berilah bidaan berapa pun harga Yang diberikan Sturridge tidak akan pergi mana kerana dia bersama kami dan dia akan menjadi pemain penting musim nanti” – Adam Lallana ( Echo)

Daniel Sturridge telah mengalami kecederaan musim lalu ketika saingan Liga baru 7 perlawanan dan Beliau terpaksa berehat panjang untuk menyembuhkan kecederaan Beliau.

Walaubagaimanapun, beliau kembali musim panas ini dan sihat sepenuhnya ia juga memberikan sumbangan dalam perlawanan Hertha Berlin dengan kemenangan 3-0 liverpool .

“Dengar, Sturridge tidak akan pergi mana, dia sangat penting disini dan dia seorang pejuang yang hebat”

Dia seperti Pemain lain yang sentiasa mengalami kecederaan seperti Kapten kami Henderson jadi tidak ada alasan buat dia pergi”

“Saya dapat rasakan Beliau akan menjaringkan lebih banyak gol musim ini kerana itu kepercayaan saya buat dia”

“Buat kelab yang ingin sahabat saya sila Lupakan itu kerana kami tidak letak harga buat dia”

“Saya ingin pemain terbaik dengan pasukan kami dan Pemain hebat datang bersama kami musim ini”

Adam Lallana seorang yang pemalu dahulu kini menjadi seorang peramah Dan suka melawak kerana sikap peramah Sturridge membuat Lallana mudah bergaul dengan Beliau.

Mereka berdua bakal menyertai Skuad england dengan nama mereka berada dalam senarai jurulatih England.

*? kawan yang baik akan sentiasa sokong dan backup kita, kawan yang busuk hati mcm longkang akan ajak kita masuk Barcelona!!*

Post Author: LMREDS Writer