£ 10 Juta | Robertson Tidak Terasa Hati

Harga Murah Bukan Penghalang Robertson Tunjuk Kebolehan Diri

Andy Robertson menegaskan harga perpindahannya ke Anfield tidak akan sama sekali mengganggu tumpuannya untuk menonjolkan diri dalam kempen 2017/18.

Pemain bek kiri ini menyertai pasukan Jurgen Klopp dari Hull City dengan bayaran £ 10 juta. Peminat Hull tersinggung dengan jumlah yang dibayar oleh Liverpool untuk Robertson, dengan menganggap kos pemindahan tersebut, murah.

Sudah tentu, dalam pasaran hari ini, ia menjadi agak jarang bagi para pemain untuk menyertai kelab teratas dengan bayaran minimum.

Dengan melihat kepada jumlah angka di sekitar pemindahan berpotensi untuk Neymar dan Kylian Mbappe dalam mengukur betapa melonjaknya pasaran pemindahan pemain sekarang.

Walau bagaimanapun, Robertson tidak terjejas langsung dengan harga dan tidak percaya yang perpindahannya ke Liverpool hasil dari ‘tawar-menawar‘.

Robertson mengakui yang beliau tidak akan mengatakan yuran perpindahan beliau itu adalah murah.

Sedar, sejak beberapa tahun kebelakangan ini perniagaan dalam dunia bolasepak telah menjadi agak gila. Pelaburan di seluruh dunia yang membuatkan ramai orang membelanjakan wang dengan boros.

Dan bagi Robertson sendiri, beliau merasakan yang harga tinggi sekarang akan terus meningkat naik dan naik.

Apa yang menjadi keutamaan Robertson adalah, bukan harga yang difikirkan, tetapi fokus lebih terarah kepada cuba memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada keupayaan, kebolehan dan kemampuan diri, apabila tiba di Liverpool.

Harga yang mahal, tekanan juga tinggi, tetapi bagi Robertson sendiri, harga yang murah juga tekanan tetap tinggi setelah bermain untuk kelab yang besar seperti Liverpool.

Perjalanan Robertson ke puncak bolasepak Inggeris tidaklah begitu terkenal. Pertahanan ini memulakan karier profesionalnya bersama bolasepak Scotland. Dan Klopp begitu tertarik dengan perjalanan cerita pemain hebat ini.

Jelas Robertson lagi, Klopp mahu mengenali seseorang itu sejak dari mula dia tahu tentang bolasepak.

Dengan bertanya sendiri kepada Robertson, tentang cerita perjalanan beliau sebagai seorang pemain bolasepak. Malah, Klopp turut menceritakan bagaimana perjalanan beliau dalam dunia bolasepak kepada Robertson juga.

Klopp teruja dengan cerita Robertson yang bermula dari bawah sebagai pemain bolasepak Scotland, sehinggalah menjadi seperti sekarang, dengan mendorong Robertson bersama-sama dengan beliau membantu meningkatkan prestasi Liverpool.

Sumber : Telegraph

#ynwa
#oncearedalwaysared?

Post Author: Sepet LMreds