Pendapat : Di Mana Kedudukan Pemain Muda Di Liverpool?

Bismillahirrahmanirrahim,

Kali ini admin ingin membuka semula minda kita perihal keterlibatan pemain muda kita dengan skuad utama. Antara kelab ternama dunia mestilah mempunyai skuad utama yang hebat, aspek komersial yang menyeluruh, sayap kebajikan masyarakat setempat dan paling utama ialah pembangunan pemain muda.

Penubuhan akademi akan memberikan beberapa yang tinggi kepada jenama kelab itu sendiri.

Menjimatkan kos pembelian pemain dari kelab lain apatah lagi inflasi harga dewasa kini.

Mengurangkan risiko masalah permit kerja (Allan De Souza, masih tidak layak   setelah 3 tahun daftar)

Aspek kebajikan kepada masyarakat setempat, menjadi tempat anak muda menyalurkan bakat daripada rosak dari gejala social

Melahirkan pemain yang mempunyai identity kelab, bukan kerana wang dan popularity.

So daripada poin yang diberitahu, harap semua sudah faham akan kepentingan akademi untuk pemain muda. Barcelona, Real Madrid, Athletico Madrid, Manchester United, dan Southampton adalah contoh kelab ternama yang mempunyai akademi yang baik, mempunyai pelan dan perancangan yang baik untuk pembangunan mereka. Dominasi Barcelona dicetuskan oleh Pep Guardiola yang memberikan peluang tanpa Batasan kepada La Masia dan kini masih mendominasi Eropah setelah 10 tahun.

http://www.espnfc.com/english-premier-league/story/3160759/manchester-united-youth-academy-graduates-top-premier-league-minutes-table

Artikel di atas menceritakan bahawa Manchester United ialah kelab yang terbaik menghasilkan pemain taraf Premier League. Paul Pogba, Jesse Lingard adalah dua pemain yang masih kekal, manakala Michael Keane, Tom Heaton dan Danny Drinkwater adalah antara nama lain yang masih giat aktif dalam Premier League.

Persoalannya, di mana pemain graduan Kirkby, bekas pemain muda Liverpool Football Club? Hanya Raheem Sterling dan Martin Kelly yang masih mampu menjadi kesebelasan utama di Premier League. Jordan Ibe, Brad Smith, Jon Flanagan masih lagi di awangan, tidak mampu membina tapak di Premier League. Manakala berpuluh debutant lain berada di liga bawah, berhenti bermain bola sepak atau berhijrah ke negara yang lebih rendah taraf liga.

Jadi, apakah masalah utama pemain muda Liverpool FC?

MASALAH MEDIA YANG MELAMPAU

Berbanding liga lain, malah jika dibandingkan dengan UEFA Champions League, Premier League adalah liga yang dibesarkan segala isu yang ada. Dari sekecil-kecil perkara sehingga perkara yang tidak dijangka. Dari kehidupan social pemain bola sepak, dalam dan luar padang, kisah autobiografi sejak kecil, impak dalam perlawanan, reaksi ketika duduk di bangku simpanan, semua akan menjadi isu panas di dalam media.

Masalah media kita dapat bahagikan impaknya kepada tiga perkara

Ekspetasi yang tinggi, melangkaui kemampuan pemain

Menyebabkan pemain celaru akibat gosip perpindahan masuk keluar pemain

Masalah kehidupan social seperti keluarga, persekolahan,masalah peribadi

Kebanyakan pemain professional boleh menghadapi masalah ini tetapi tidak kepada pemain muda. Media telah banyak mempengaruhi pemikiran pemain dalam memberikan yang terbaik semasa bekerja. Di usia muda, kebanyakan mereka tidak mampu mebuat pilihan atau focus yang total dalam tindakan mereka.

Sumber : http://www.standard.co.uk/sport/from-liverpools-jordon-ibe-to-englands-sam-burgess-10-sport-stars-to-watch-in-2015-9952963.html

Jordan Ibe adalah antara pemain muda yang menjadi mangsa media. Pemain muda dari Wycombe Wonderers, bakatnya mula menyerlah apabila dua kali dipinjamkan keluar ke Birmingham City dan Derby County. Kebetulan pada waktu itu, Raheem Sterling telah berhijrah ke Manchester City dan menjadi pemain termahal British pada waktu tersebut.

Kemudian prestasi Jordon Ibe semuanya dianalisa oleh ahli sosial media. Berapa gelecek dilakukan, apa gerak geri beliau di padang, bagaimana beliau mencari ruang, dicari juga kenapa dan mengapa beliau gagal menjaringkan gol. Ekspetasi media menjadi beliau mendapat tekanan yang sangat tinggi, menjadikan beliau sering gagal dalam percubaan beliau.

Beliau dikecam di media dan segala performance beliau dikritik, bukan didorong oleh “ahli professional” di kaca mata televisyen. Akhirnya beliau terpaksa dilepaskan ke Bournemouth akibat tekanan yang terlalu tinggi dan setelah setahun, masih belum kelihatan kelibat Jordon Ibe yang dahulu.

Secara jujurnya, saya amat menggemari cara Jurgen Klopp mengawal pemain muda nya. Ben Woodburn berusia 16 tahun kita mula berlatih Bersama pasukan utama, kemudian menjadi pemain termuda menjaringkan gol untuk Liverpool FC. Kemudian di sesi bersama wartawan, dia menggesa media merendahkan ekspetasi, sedikit demi sedikit membawa Ben ke cahaya media.

Saya amat menggemari cara ini. Secara jujur, Ben Woodburn buat masa ini hanyalah pemain berpotensi BUKAN pemain utama. Dia belum layak memecahkan kesebelasan utama Liverpool, maka seharusnya penglibatannya haruslah dengan perancangan. Marcus Rashford dan Raheem Sterling adalah pengecualian dalam kes ini, tetapi dalam kes sterling, musim 2014/2015 adalah musim terbaik beliau Nampak acap kali beliau Burn Out, penat fizikal dan mental.

Youth players perlu diberikan peluang namun bukan dalam keadaan tergesa-gesa. Christian Pulisic, Kingsley Coman, Marco Asensio adalah bukti semua kelab besar memberikan peluang kepada pemain muda, gunakan semangat muda mereka di waktu yang betul, asah bakat mereka. Mereka bukan pemain kesebelasan utama,namun diberikan peluang yang betul dan bijak. Jika mereka dberikan pendedahan yang terlalu drastic, beban yang terlalu tinggi, mereka akan roboh mental mereka. Federico Macheda dan Adnan Januzaj adalah contohnya.

BAYANGAN PALSU PASUKAN

Apabila pemain muda dapat bermain dalam pasukan utama, sama ada akibat lambakan perlawanan atau kecederaan pemain, semua fokus media dan penyokong akan keterlibatan pemain muda tersebut. Apa masalah yang berlaku? Ekspetasi kita akan melangkau naik dan akan membuat penilaian berdasarkan permainan itu, sahaja. Walaupun sebarang tugas baik oleh mereka wajar diberikan pujian, namun bak kata Brendan Rodgers, ‘Form is temporary, Class is permanent’.

Satu perkara yang saya perlu tekankan ialah sebarang perlawanan bawah 23 dan pasukan utama adalah jauh berbeza. Tekanan daripada penyokong, aspek teknikal lawan dan keupayaan mental pemain adalah perbezaan utama antra dua kejohanan ini. Maka, hebat di liga bawah tidak bermakna hebat di liga sebenar. Chelsea Youth Team menjuarai banyak kejuaraan bawah 23 sejak beberapa tahun ini, dan tiada antara mereka yang benar-benar dapat memecah masuk pasukan utama.

Berbeza di Liverpool, sebarang debut ialah pemain muda akan dicop sebagai the next Stevie G, Michael Owen, Jamie Carragher. Kita mempunyai beberapa pemain akademi yang menjadi lagenda kelab, maka norma bagi kita yang mengutamakan sejarah sebagai lambang pengharapan kita. Malangnya, kesemua mereka hanyalah pemain biasa dan tidak mampu menjadi pemain utama pasukan.

Dani Pacheco, Brad Smith, Cameron Brannagan, Connor Randall adalah antara mereka yang Berjaya meyakinkan semua semasa debut mereka. Mereka Berjaya memberikan pemainan yang baik semasa pasukan dalam masalah kecederaan, kepenatan dan lambakan perlawanan. Namun apabila semua pemain utama cergas, khidmat mereka tidak lagi diperlukan kerana ability mereka di bawah par. Malah gosip hangat bahawa Brannagan mendapat perhatian Barcelona dan Real Madrid hanyalah ilusi semata-mata.

Percayalah sahabat-sahabat, 45 minit di perlawanan persahabatan tidak bermakna hebat di gelanggang sebenar.

JURULATIH MENGENALI PEMAIN LUAR DAN DALAM

Kevin Stewart mendapat kontrak 5 tahun (2016)

Brad Smith mendapat kontrak 3 tahun (2015)

Andre Wisdom mendapat kontrak 5 tahun (2015)

Joe Gomez, Jon Flannagan, Cameron Brannagan semua mendapat kontrak professional atau lanjutan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Walaupun media agak banyak memberikan pujian terhadap kontrak mereka, namun ramai tahu kisah sebenar atas lanjutan kontrak mereka.

Ada yang hanya untuk menaikkan value market, untuk memberi darah scouser dalam pasukan, politik dalaman, dan masalah kecederaan yang menimpa mereka. Kontrak tidak diberikan semata-mata prestasi baik mereka dalam beberapa permainan di kaca televisyen. Jurulatih tahu dan kenal mereka luar dan dalam padang, termasuk kehidupan social pemain. Contohnya para pemain LFC tahun ini perlu memberikan detail aktiviti mereka kepada Jurgen Klopp sepanjang musim panas dan sebarang pengambilan minuman keras yang keterlaluan.

Maka apabila ada peminat mempertikai kenapa Marko Grujic tidak bermain, mengapa Sheyi Ojo hanya ada satu penampilan sub musim lalu, maka jawapan saya mudah. Buat masa ini they are not good enough. Hebat untuk bermain sebagai pemain gantian di kala kecemasan tetapi bukan pemain utama pasukan. Dalam Premier League, anda perlu memberikan impak dalam 38 perlawanan bukan 1 2 perlawanan sahaja untuk diukur prestasi.

http://www.liverpoolecho.co.uk/sport/football/football-news/jurgen-klopp-marko-grujic-liverpool-12864603

Artikel di atas ini adalah alasan Jurgen Klopp bahawa Marko Grujic belum fit untuk bermain 90 mnit intensity tinggi. Walaupun semua cameo beliau amat meyakinkan, beliau belum mampu untuk menjadi tunggak pada masa kini kerana masalah stamina. Stamina akan affect pemikiran dan paling utama ialah positioning dan decision making. Jurgen Klopp juga menegur Marko Grujic untuk memperbaiki masalah positioning beliau kerana mudah tertewas dengan pergerakan pihak lawan.

Marko Grujic beraksi dalam perlawanan EFL Cup pusingan ke-3 menentang Derby County di Pride Park.

Sama seperti Kevin Stewart. Setiap kali dia bermain, 8 penampilan dalam EPL semasa musim 2015/2016, beliau sentiasa memberikan prestasi 6/10. Beliau pandai menjaga posisi, pandai menggerakkan bola, mampu menjadi pengganti yang amat baik kepada Lucas Leiva. Media massa dan peminat mula menyanyikan nama beliau ketika dia beraksi.

Namun minggu lepas beliau dijual ke Hull City. Mengapa? Antara sebabnya ialah usia beliau yang sudah peak, namun jenis hantaran amat limited, transisi attack dan defend agak lambat dan kurang key pass. Its simple, for now he is jus,t not good enough.

Sama seperti Sheyi Ojo yang musim lalu banyak cameo menarik namun hilang di musim 16/17. Jurgen Klopp melihat pemain beliau bukan sekadar 90 minit semata-mata tetapi 24 jam. Itu beza JK dengan peminat seantero dunia.

Even kalau kita bandingkan dengan perpindahan keluar pemain utama sejak 2010, hanya Suarez (FC Barcelona) Iago Aspas (Celta Vigo) dan Suso (AC Milan) yang mampu menaik taraf permainan mereka. Yang lain gagal di liga yang lebih rendah, atau tidak mampu konsisten (Raheem Sterling) (Christian Benteke)

KONKLUSI

Masalah pemain muda terdapat di semua kelab, terutama kelab besar. Chelsea FC musim lepas loan 37 pemain keluar, musim ini 34 pemain. Manchester City masih tidak mahu memperjudikan kemenangan dengan pemain muda. Malah zaman sekarang semuanya mahu instant success, labur puluh juta untuk jamin kemenangan. Like it or not, it is the easiest way to win. Chelsea era 2003, Manchester City era 2008, Manchester United era Mourinho. Awak ada duit, awak champion.

So kita fans Liverpool just relax and trust Jurgen Klopp. Beratus pemain menjalani latihan di akademi setiap hari, namun hanya seorang dua sahaja yang bakal memecah pasukan utama. Sebab itu gelaran mereka ‘a once in a lifetime gem’, tak selalu kita jumpa. Fortunately, baguslah kita tak habiskan 150 juta untuk dua pemain, ‘where is the fun in that’ kalau nak tabur duit untuk menjadi champion.

YNWA

ADMIN

Artikel ini ditulis oleh Ahmad Naufal, seorang penyokong LFC dari Malaysia yang kini bertugas di Mesir sebagai salah seorang ahli perubatan.

Jika anda mempunyai sebarang artikel, pendapat, komentar dan info dan mahu artikel anda dibaca, boleh inbox ke page Liverpool Malaysian Reds.

Post Author: Mohd Nuruzzaman