Virgil Van Dijk Bersedia Untuk Berbincang Dengan Southampton Mengenai Masa Depannya

Pellegrino sedia untuk memujuk Van Dijk untuk kekal tetapi pemain itu masih kekal dengan keputusannya.

Pemain pertahanan Southampton itu dilaporkan tidak turut serta dalam kunjungan pramusim ke Perancis selepas memaklumkan hasratnya mahu menyertai Liverpool FC.

Kontrak Van Dijk di Southampton akan berlangsung hingga 2022, namun beliau hanya berlatih sendirian hingga beliau menerima hakikat bahawa beliau bukan untuk dijual musim ini.

Dengan dijangka skuad Southampton akan balik ke pusat latihan mereka di masa terdekat, Pellegrino berharap Van Dijk akan menerima hakikat untuk kekal di Southampton dan kembali berlatih bersama rakan sepasukan beliau.

Namun jika Van Dijk tetap mahu berpindah, Southampton terpaksa membuat keputusan mengenai masa depannya dengan EPL akan bermula dalam kurang 2 minggu lagi.

Apa pun yang terjadi, pemain itu masih belum cergas sepenuhnya untuk bermain 90 minit perlawanan selepas mengalami kecederaan pergelangan kaki pada awal Januari 2017.

Jika Southampton mahu mendengar tawaran Liverpool maka Liverpool dijangka akan memecahkan rekod perpindahan sekali lagi musim ini.

ADMIN

Segala galanya terpulang kepada Virgil Van Dijk sekarang.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman