Terkini Mengenai Kecederaan Divock Origi

Beliau akan terlepas kedua dua aksi Audi Cup 2017.

Penyerang itu tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika menentang Hertha Berlin Sabtu lepas disebabkan kecederaan pada hamstringnya.

Pemeriksaan lanjutan mendapati beliau mengalami sedikit kecederaan pada hamstringnya yang bakal menyisihkan beliau dari perlawanan menentang Bayern pada awal pagi Rabu dan juga perlawanan samada Napoli atau Atletico Madrid pada awal pagi Khamis.

Menurut Klopp dalam Liverpoolfc.tv :

“Divock tidak akan diturunkan dalam kedua dua perlawanan Audi Cup. Beliau mengalami sedikit kecederaan pada otot”.

“Kami mengambil pendekatan berhati hati untuk menguruskan kecederaan beliau. Beliau akan dipantau dalam masa beberapa hari tetapi kecederaannya tidak terlalu membimbangkan”.

ADMIN

Get well soon Divock Origi.

Sumber : Liverpoolfc.com

Post Author: Mohd Nuruzzaman