Naby Keita Akan Tinggalkan RB Leipzig

Pengarah RB Leipzig menegaskan, sasaran utama Liverpool Naby Keita, akan meninggalkan kelab itu pada musim depan.

Selepas Neymar, Virgil van Dijk dan Philippe Coutinho, Naby Keita antara yang menjadi salah satu berita yang paling banyak dibincangkan mengenai pemain bolasepak pada musim panas ini.

Liverpool sahaja, mempunyai tiga tawaran yang ditolak, kerana RB Leipzig tetap dengan pendirian tidak akan membenarkan pemain terbaik mereka berpindah pada musim panas ini, ketika mereka memulakan musim pertama di Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun, peminat The Reds telah diberikan harapan baru, yang Keita akan dapat menyertai Liverpool pada musim panas akan datang kerana klausa pelepasan akan dikuatkuasakan.

Pengarah sukan RB Leipzig Ralf Rangnick mengakui, akan menjadi sukar untuk mereka mengekalkan bintang pertahanan mereka itu.

Rangnick memberitahu akhbar Jerman Bild, musim depan Keita secara teorinya mempunyai pilihan untuk meninggalkan Leipzig, yang mana Rangnick mengandaikan Keita kini akan bermain dalam musim yang hebat bersama Leipzig di Liga Juara-Juara, dan pasti akan ada kelab-kelab besar yang berminat untuk menandatangani beliau.

Jadi, berdasarkan kepada situasi tersebut, ternyata sukar untuk memastikan Keita kekal di Leipzig.

Klausa pelepasan Keita, hanya berkuatkuasa pada musim panas tahun 2018, yang membolehkannya dibeli oleh kelab lain dengan harga € 50 juta (£ 43.9 juta).

Jauh lebih rendah daripada tawaran yang Liverpool tawarkan pada musim panas ini.

Terang Rangnick lagi, beliau tidak pasti jika boleh mengubah klausa. Yang pasti, seperti yang selalu beliau tekankan sebelum ini, setiap pemain yang berprestasi cemerlang dan meningkat mutu permainannya dengan pantas, pasti akan cepat juga meninggalkan Leipzig.

Rancangan Liverpool adalah untuk segera menandatangani Keita, kerana yakin akan menghadapi lebih banyak lagi persaingan dalam mendapatkan Keita pada musim depan.

Sumber : Bild

#ynwa
#oncearedalwaysared?

Post Author: Sepet LMreds