Phillippe Coutinho Akan Kekal Di Anfield – Perpindahan Masuk Tidak Melibatkan Penjualan Beliau

Kelab Merseyside itu tidak berganjak dari keputusan bahawa pemain tengah serangan itu bukan untuk dijual.

Bidaan Thomas Lemar dan juga Alex Oxlade Chamberlain tidak berkaitan dengan perpindahan pemain itu, sungguhpun Coutinho cuba untuk meninggalkan Anfield dengan menghantar surat permohonan berpindah.

Barcelona telah menyaksikan 3 bidaan sebelumnya telah ditolak LFC dan Liverpool bertegas untuk tidak menjualnya musim ini.

Keputusan Liverpool untuk melakukan bidaan terhadap Thomas Lemar membawa kepada khabar angin bahawa Coutinho akan meninggalkan Anfield.

Namun pengurusan Liverpool menegaskan bahawa mereka tidak berganjak dari keputusan dan juga kelab tidak perlu menjual pemain untuk dana membeli pemain.

Difahamkan Thomas Lemar menjadi sasaran Liverpool menerusi permainannya semasa membantu Monaco melangkah ke separuh akhir UCL musim lepas.

Manakala Alex Oxlade Chamberlain menjadi pemain sasaran terbaru LFC dan telah mengemukakan perbincangan rasmi untuk mendapatkan beliau, setelah beliau menolak perpindahan bernilai £35 juta dari Chelsea.

ADMIN

Apa pun kita tunggu berita selanjutnya.

Sumber : Independent.co.uk

Post Author: Mohd Nuruzzaman