Roy Hodgson Berkemungkinan Menggantikan Frank De Boer Untuk Pengurus Crystal Palace

De Boer dipecat oleh Palace setelah hanya mengendalikan 4 perlawanan.

Buat masa sekarang Crystal Palace menduduki tangga kedua tercorot liga, dengan 4 siri kekalahan dan juga 0 jaringan dicatatkan sepanjang 4 perlawanan liga berlangsung.

Ia merupakan kelab di liga utama yang pertama kali mencatatkan keputusan yang sebegitu semenjak Preston North End pada musim 1924 1925 yang memulakan kempen liga dengan 4 siri kekalahan berterusan.

Kekalahan kepada Burnley semalam adalah perlawanan terakhir buat pengurus itu yang hanya membimbing Palace selama 77 hari.

Roy Hodgson adalah nama yang disebut sebagai pengganti De Boer, dengan dakwaan perbincangan sudah dimulakan untuk pengurus berusia 70 tahun itu yang tidak menjawat mana mana jawatan sejak kempen England yang buruk pada Euro 2016.

Hodgson adalah jurulatih yang penuh dengan pengalaman termasuk kejayaan di Fulham dan juga WBA sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun peminat Liverpool masih teringat akan kemerosotan yang dialami kelab itu sejak beliau mengambil alih selama 6 bulan termasuk pembelian pemain yang merugikan, persembahan buruk dan juga mencetuskan kemarahan penyokong Liverpool menerusi kenyataan medianya.

Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Crystal Palace berkenaan pengurus baru yang akan dilantik serta merta dan Hogdson dijangka memulakan tugasnya menentang Southampton hujung minggu ini.

ADMIN

“Atuk Roy” is back? Well hope so. Semoga berjaya di masa depan untuk Frank De Boer.

Daripada : Mohd Nuruzzaman

Untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman