Divork Origi: Saya Lebih Sesuai Dan Serasi Dengan Corak Permainan Di Bundesliga

Setelah melakukan perpindahan saat akhir dalam tempoh akhir perpindahan penghujung Ogos yang lepas, secara tidak disangka-sangka, Divork Origi diturunkan dalam kesebelasan utama Wolfsburg.

Pasukan itu menentang Hannover, dan debut pertama Divork Origi ini berakhir dengan kedudukan 1-1 yang mana Origi tidak menjaringkan sebarang gol.

Walaubagaimanapun, dalam perlawanan itu, Origi menunjukkan aksi yang sangat ‘mengujakan’, dan pemain itu bakal menjadi pemain yang penting bagi skuad tersebut memandangkan, kaptennya, Mario Gomez telah dilanda kecederaan.

Ketika ditanya tentang perasaan setelah menghabiskan 90 minit pertama dalam kariernya di Bundesliga, Divork Origi menjawab.

“Semakin lama saya bermain, semakin lama saya akan mendapat tempo dan serasi dalam perlawanan. Saya sangat gembira untuk berada di Wolfburg ini.”

Origi menceritakan bahawa dirinya sangat selesa bersama rakan baru di skuad ini walaupun hanya sedikit sahaja masa yang dapat diluangkan bersama rakan pasukan.

Dalam perlawanan itu, kecederaan Mario Gomez menyebabkan pasukan itu terpaksa menukar sistem dan ianya akan menukarkan sedikit peranan pemain itu di padang.

Secara keseluruhannya Origi merasakan pasukannya seharusnya pulang dengan 3 mata penuh.

Origi mungkin mengambil sedikit masa memandangkan rakan sepasukannya akan mula memahami gerak tubuhnya terutama sewaktu melakukan larian ke kotak penalti.

Pemain itu tidak takut untuk menjadi perhatian setelah kecederaan Mario Gomez dan bersedia memimpin cabaran skuad itu di bahagian serangan.

Sambil melakukan perbandingan, Origi mengatakan tiada terlalu perbezaan yang ketara di antara Bundesliga dan Liga Perdana Inggeris. Kedua liga ini mempunyai intensiti yang tinggi.

Di tambah di Bundesliga mempunyai banyak kualiti, intensiti sangat tinggi, kompetitif dan perlawanan akan menjadi lebih menarik.

Ditanya adakah skilnya sesuai dengan Bundesliga, Origi menjawab,

Saya rasakannya, kerana liga ini lebih sempurna untuk saya. Apabila kami telah mengetahui antara satu sama lain (dengan pemain), ianya akan lebih baik. Saya agak laju terutama untuk melakukan ‘cut in run’. Semakin lama saya bermain semakin efektif saya di sini’.

Divork Origi dipinjamkan dalam perjanjian selama setahun. Dilaporkan juga Liverpool boleh memanggil pemain ini pada Januari nanti.

Oleh : Mohd Zahari (Bos LMreds)
Untuk : Liverpoolmalaysianreds.com

Post Author: Bos LMreds