PSG Boleh Memiliki Naby Keita Sebelum Ini Tetapi Dihalang Oleh Bekas Pengurus Liverpool, Gerard Houllier

Sebelum ini, bakat Naby Keita memang dipantau oleh PSG sebelum ini. Tetapi ianya dihalang oleh bekas pengurus Liverpool iaitu Gerard Houllier.

Liverpool mengesahkan perpindahan Naby Keita bernilai 45 juta dan tambahan harga premium pada musim 2018/19 nanti pada penghujung Ogos 2017 yang lepas, setelah hampir 2 bulan perpindahan tersebut ‘tergendala’.

Pemain ini pada asalnya hanya bernilai 500,000 Euro pada 2014, dan tawaran untuk pemain Guinea ini ditolak mentah-mentah ketika itu yang mana ketika itu pemain ini berada dalam liga kedua Perancis.
https://www.youtube.com/watch?v=acN7xnv7V-I

Gerrard Houllier, yang ketika ini menjadi Pengarah Urusan yang berkaitan perpindahan bagi kelab Red Bull telah berjaya membawa masuk pemain ini daripada kelab Austria (RB Salzburg) dengan nilaian 1.5 juta Euro.

Setelah bermain dengan sangat baik, pemain ini akhirnya berpindah ke RB Leipzig pada perpindahan 15 juta Euro.

Sebelum perpindahan itu berlaku, PSG telah menghantar pemerhati bakat untuk mengintip pemain ini secara dekat berulang kali.

Dan PSG amat mahukan pemain ini dan dipercayai menawarkan sejumlah 53 juta Euro ketika itu sebelum berpindah ke RB Leipzig.

Tetapi, kuasa yang besar adalah ditangan Gerard Houllier, bekas pengurus Liverpool itu untuk mencorak perpindahan yang diingini.

Naby Keita telah menjaringkan 8 gol pada musim lepas dan baru-baru ini telah menjaringkan gol yang sangat cantik dalam perlawanan lepas.

Pemain ini disahkan mengalami kecederaan ‘groin’ dan mungkin akan terlepas banyak perlawanan selepas ini setelah cedera dalam perlawanan yang sama.

Dilaporkan secara tidak rasmi, Liverpool mungkin boleh ‘mencuba’ untuk membawa pemain ini masuk pada Januari nanti dengan bayaran tambahan ‘premium’.

Oleh : Mohd Zahari (Bos LMreds)
Untuk : Liverpoolmalaysianreds.com

Post Author: Bos LMreds