UEFA Buka Kertas Siasatan Terhadap Tingkah Laku Penyokong Spartak Moscow

Liverpool juga akan mendengar khidmat nasihat dari badan bolasepak itu demi keselamatan penyokongnya di Moscow.

Menerusi satu rakaman video, penyokong Spartak Moscow telah melancarkan satu roket ke arah pengadil ketika perlawanan menentang Maribor di Slovenia awal pagi tadi.

Kelab dari Russia itu mungkin akan dikenakan tindakan di atas kesalahan membakar suar dan juga melontar objek ke dalam padang.

Liverpool juga telah menghubungi UEFA untuk menjelaskan mengenai kerisauan mereka terhadap tahap keselamatan penyokongnya yang berada di Moscow dalam aksi UCL kurang dari 2 minggu dari sekarang.

UEFA akan mendengar hasil siasatan itu pada 21 September, 5 hari sebelum sepakmula dilakukan antara kedua dua pasukan.

Liverpool telah menyediakan 1,145 tiket untuk peminat mereka dan akan dijual mulai esok.

Salah satu kemungkinan hukuman yang bakal diterima Spartak adalah bermain dengan stadium kosong, di mana ia akan menjejaskan peminat Liverpool yang telah menempah hotel dan penerbangan ke Russia untuk perlawanan itu.

Difahamkan Liverpool telah mengambil serius mengenai potensi berlakunya kejadian yang tidak diingini itu dengan meminta UEFA menjelaskan dengan lebih lanjut perkara tersebut.

Selain kekecohan di Maribor, UEFA dijangka akan mendengar hasil siasatan mengenai seorang peminat Celtic yang masuk ke padang dan cuba menendang Kylian Mbappe yang dijadualkan pada 19 Oktober depan.

Dan perlawanan melibatkan Man City dan CSKA Moscow juga yang bermain dalam stadium tanpa penonton pada 2014 mencapai kata sepakat dalam masa lapan minggu.

Dan ketua jurulatih Sevilla Eduardo Berizzo juga bakal dihadapkan ke badan disiplin UEFA atas sikapnya yang tidak profesional semalam hingga diarahkan pengadil untuk berada di bangku penonton.

ADMIN

UEFA amat memandang serius akan tingkahlaku penyokong ketika ini.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman