Media : Kenyataan “Berani” Peminat Liverpool Di Boston – Dapatkan Virgil Van Dijk Pada Januari!

Satu rakaman video memaparkan peminat melaungkan nama pemain itu kepada pemilik FSG  John W Henry secara terus.

Rakaman video itu telah dimuatnaik menerusi satu laman Twitter yang dimiliki oleh Armenian Tweets, memaparkan satu suara dari peminat menjerit kepada John W Henry untuk mendapatkan pemain pertahanan Southampton itu pada pintu perpindahan Januari.

Difahamkan video itu dirakam semasa John W Henry sedang menonton perlawanan baseball melibatkan Boston Red Sox.

“Dapatkan Virgil Van Dijk pada Januari. Itu adalah perkara terbaik yang harus dilakukan. Beliau mahu bermain dengan Liverpool”.

Pemilik FSG itu dilaporkan melihat ke arah penonton tersebut namun tidak pasti siapa yang melaungkan ayat itu.

Liverpool telah membida pemain Southampton pada jendela perpindahan musim panas lepas itu namun terpaksa mengugurkan minat mereka dan terpaksa memohon maaf kepada kelab itu di mana telah didakwa terlibat dalam insiden ‘tap in’.

Setakat ini Liverpool hanya akan mengemukakan bidaan sekiranya Southampton mahu melakukan perbincangan.

ADMIN

Satu kenyataan berani mati dari peminat namun hakikat yang perlu diterima bahawa kelab Selatan England itu masih enggan menjual pemainnya kepada LFC.

Sumber : Liverpool Echo

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman