Burnley Adalah Pasukan Yang Berbeza Sekarang : Vokes

Kempen Perlawanan | Apa Kata Lawan : Burnley Semakin Kuat Dari Setahun Lalu Kalahkan Liverpool 2-0

Penyerang Burnley ini percaya, Clarets telah berubah sama sekali, sejak berjaya mengalahkan Liverpool lebih setahun yang lalu, dalam permulaan kempen Premier League 16/17.

Sam Vokes merasakan dia kini dan pasukannya telah banyak peningkatan sejak setahun yang lalu, dan bersedia untuk mencari kemenangan yang pertama di Liverpool, sejak kali terakhir menang pada 1974.

Bagi Vokes, Burnley tetap pasukan ‘underdog’, tapi semakin meningkat maju, baik bagi pemain mahupun satu pasukan Burnley itu sendiri.

Skuad Burnley datang ke Anfield berbekalkan keyakinan yang tinggi untuk memenangi perlawanan.

Sam Vokes menjaringkan gol pertamanya di Premier League adalah ketika menentang Liverpool. & keseluruhan gol jaringannya sebanyak 10 gol bagi musim lalu.

Burnley begitu positif kerana, setakat ini keputusan berpihak kepada mereka.

Menurut Vokes, Burnley setakat ini meraih keputusan yang positif.

Walaupun berdepan dalam perlawanan yang sukar, Burnley berjaya juga untuk merebut mata.

Perlawanan akan semakin sukar, sekiranya gagal untuk meraih kemenangan.
.. macam perli Liverpool, apabila dikalahkan M.City 5-0, hmmm ..

Banyak yang telah dipelajari Burnley di musim lalu, kini, ini adalah peluang untuk mereka mengekspresikan diri sebenar mereka dengan mengambil cabaran dalam persaingan Premier League yang tersengit didunia.

Tegas Vokes lagi, Burnley tidak takut untuk menghadapi perlawanan menentang Liverpool ini, demi untuk merampas 3 mata yang berharga.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Burnley FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds