Loris Karius Akan Diturunkan Dalam Perlawanan Menentang Spartak

Jurgen Klopp mengesahkan pemain itu akan diturunkan awal pagi Rabu nanti.

Penjaga gol dari Germany itu bakal memulakan perlawanan sejak penampilan terakhir beliau bersama kelab adalah ketika aksi UCL menentang Sevilla.

Namun Klopp menegaskan bahawa ianya bukan jaminan bahawa penjaga gol itu adalah pilihan pertama beliau sepanjang kempen UCL musim ini.

Menurut Jurgen Klopp menerusi LFC TV dalam penerbangan ke Moscow :

“Ya, Loris akan diturunkan pada perlawanan itu”.

“Saya tidak pasti adakah keputusan untuk menukar penjaga gol dalam kempen UCL ini akan kekal selamanya. Semuanya berkaitan dengan persembahan”.

“Mereka tidak sepatutnya dianggap, anda tidak beraksi baik maka anda akan digantikan. Semua pemain akan melakukan kesilapan atau apa sahaja, tetapi ianya mengenai persembahan dalam latihan dan permainan untuk semua penjaga gol kami”.

“Beliau akan diturunkan dan kita akan lihat semula. Namun Simon tetap penjaga gol nombor 1 dan itulah situasi sekarang”.

ADMIN

Loris Karius akan diturunkan. Dan kita percaya apa yang Klopp lakukan adalah untuk kebaikan kelab.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman