RB Leipzig Berkemungkinan Mempertimbang Untuk Melepaskan Keita Ke Liverpool Pada Januari

Umum mengetahui Liverpool telahpun berjaya menandatangani pemain tengah RB Leipzig Naby Keita pada musim panas lalu.

Dengan kedua-dua kelab bersetuju, yang pemain antarabangsa Guinea itu akan bergabung dengan skuad The Reds pada musim panas 2018.

Tetapi, berkemungkinan juga Kieta bakal tiba di Merseyside pada bulan Januari depan, demikian menurut wartawan Bundesliga Chris Williams.

Pemain tengah dambaan Liverpool itu telah menjadi mangsa kritikan oleh media Jerman dan para peminat Leipzig sendiri, setelah mempamerkan aksi yang buruk untuk permulaan musim baru ini.

Yang mana, ianya secara tidak langsung menjurus kepada sikap dan kesetiaannya kepada kelab.

Keita telah digantung beberapa perlawanan akibat dilayangkan kad merah dan, dibuang padang semasa seri 2-2 dengan Borussia Mönchengladbach, dan semasa proses penggantungannya, pemain itu dilihat ke stadium dengan lengkap berpakaian berwarna merah, yang dilihat dengan tidak sengaja telah menimbulkan kegelisahan dihati ramai peminat.

Seakannya, fikiran Keita tidak fokus pada Leipzig buat masa ini, dan dia juga dinilai sebagai pemain terburuk dalam perlawanan Liga Juara-Juara ketika Leipzig kalah 2-0 kepada Besiktas.

Bos Leipzig Ralph Hasenhüll, berkata selepas perlawanan, :

Keita tidak bermain dengan baik hari ini, mungkin lebih baik jika tidak turunkan dia.

Sambung bos Leipzig lagi, :

Bagi saya, sebagai jurulatih, adalah penting untuk melihat siapa yang saya boleh bergantung pada saat-saat sukar macam sekarang, siapa pemain yang siap berdiri untuk menentang apa yang sedang berlaku di padang.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds