Sergio Aguero Terlibat Dalam Kemalangan Di Belanda

Sumber media mendakwa pemain itu mengalami kecederaan tulang rusuk hasil impak kemalangan tersebut.

Penyerang Manchester City itu menghadiri konsert oleh penyanyi Colombia Maluma dan dilaporkan kemalangan itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang.

Aguero difahamkan menggunakan tali pinggang keledar semasa kejadian itu namun mengalami kecederaan tulang rusuk selepas teksi yang dinaiki beliau terlanggar tiang.

Bekas kelab beliau di Argentina, Independiente telah memuatnaik satu status dalam laman sosial Twitter kelab itu dengan ucapan “Semoga diberikan kekuatan dan cepat pulih. Kesemua kami di Independiente bersamamu“.

Hingga berita ini ditulis, tiada ada sumber rasmi menyatakan situasi beliau dari Man City mahupun Argentina.

ADMIN

Semoga cepat sembuh kepada pemain ini.

Peminat Fantasy Premier League, take note.

Sumber : Goal.com

Post Author: Mohd Nuruzzaman