‘Bayern Cari Pengurus Baru, Itu Bukan Masalah Saya’

Klopp menegaskan, Carlo Ancelotti dipecat, juga bukan masalah beliau. Ketika ditanya tentang isu pemecatan Ancelotti oleh Bayern Munich.

Bos Liverpool ini juga telah dinamakan dalam beberapa senarai bagi pesaing untuk merebut peranan utama di arena Allianz.

Klopp, yang telahpun menghabiskan masa selama tujuh tahun untuk membina Borussia Dortmund menjadi saingan utama kepada Bayern, yang kini sedang menjalani enam tahun lagi baki kontraknya di Anfield.

Dan Klopp, ‘TIDAK AKAN KE MANA-MANA ¡

Secara jujur, Klopp berkata, banyak perkara dalam dunia bolasepak sekarang, tidak lagi mengejutkan beliau. Tetapi, Klopp hairan kenapa Bayern boleh sampai kepada keputusan tersebut.

Klopp turut menonton perlawanan Bayern menentang PSG, kerana merasakan yang perlawanan itu akan menjadi sangat menarik untuk ditonton.

Tetapi, itulah bolasepak, mutu individu boleh menentukan permainan, dan begitu juga rumusan perlawanan pada malam tersebut.

Dan keputusan yang dibuat, semestinyalah bukan sekadar bersandarkan kepada perlawanan itu semata, pengurusan Bayern juga berkemungkinan melihat kepada perlawanan-perlawanan sebelum itu.

Bagi Klopp, Ancelotti adalah seorang pengurus yang sangat berpengalaman dan beliau yakin pengurus itu tidak akan kehilangan pengetahuan meluasnya dalam bolasepak hanya untuk satu malam, cuma kadang kala, ianya tidak sesuai.

Klopp turut meluahkan, masih terdapat perkara yang lebih besar untuk diperkatakan, dari isu masalah dalaman Bayern, iaitu Liverpool vs Newcastle United.

Pengganti Klopp di Dortmund dan Mainz Thomas Tuchel, dan bos Hoffenheim Julian Nagelsmann, kini dilihat sebagai calon-calon utama perebutan kerusi panas Bayern.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds