Pemain Muda Berbakat Germany Kai Havertz Dalam Pemerhatian “Scout” Liverpool?

Beliau menjaringkan 4 gol untuk skuad Germany U19.

Ianya bukan mustahil untuk Jurgen Klopp kembali ke pasaran perpindahan di Germany untuk mendapatkan bakat muda Germany.

Jadi ianya logik untuk mengetahui bahawa mungkin terdapat pencari bakat ( scout ) dilaporkan menyaksikan perlawanan antara Germany U19 menentang Belarus dalam kelayakan untuk Kejohanan Euro U19.

Dan tumpuan akan terarah kepada pemain tengah muda Bayer Leverkusen, Kai Havertz.

Pemain berusia 18 tahun itu telah menjaringkan 4 gol dalam perlawanan tersebut – 2 daripadanya adalah penalti dan satu “assist” buat skuad Germany U19 menang besar 5 – 1 ke atas Belarus.

Havertz melakukan penampilan pertama dalam skuad senior Bayer Leverkusen pada Oktober tahun lepas, sekaligus menjadi pemain muda dalam sejarah kelab itu melakukan penampilan dalam skuad senior iaitu pada umur 17 tahun dan 126 hari.

Seterusnya beliau melakukan 24 penampilan bersama Leverkusen, menjaringkan 4 gol dan memberikan 6 “assist” musim lepas. Beliau juga telah beraksi dalam 3 perlawanan UCL dan telah terkenal selepas itu disebabkan beliau terlepas aksi perlawanan kedua pusingan kedua kalah mati menentang Atletico – kerana bertembung dengan jadual peperiksaan persekolahan beliau.

Berupaya untuk bermain di sebelah kanan, seperti “role nombor 10” atau penyerang kedua, beliau telah menandatangani kontrak baru pada Julai lepas dengan tempoh masa perkhidmatan beliau hingga 2022.

Musim ini beliau telah bermain 4 perlawanan liga dan 1 untuk Piala Germany namun belum lagi menjaringkan gol, dan itu bukanlah masalah besar buat pemain muda tersebut.

ADMIN

Setakat ini belum lagi dipastikan kebenaran mengenai kehadiran “scout” Liverpool itu.

Namun jika benar, sesuaikah pemain ini untuk kelab atau Liverpool kena beralih kepada proven player?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman