Frank Lampard Beri Amaran Kepada Man Utd Dengan Potensi Dimalukan Oleh Liverpool

Frank Lampard memberi amaran kepada Manchester United yang akan bertandang ke Liverpool dalam perlawanan kelapan seterusnya dalam Liga Perdana Inggeris.

Bekas pemain England itu merasakan Liverpool mempunyai kebolehan untuk memeranjatkan Man Utd nanti apabila hadir ke Anfield pada 14 Oktober nanti.

Lampard mengatakan bahawa barisan serangan Liverpool mampu membinasakan Man Utd jika unit itu berada dalam prestasi terbaik mereka.

Man Utd akan bertandang ke Anfield pada Sabtu ini, di mana anak buah Jose Mourinho akan cuba meneruskan permulaan musim yang sangat baik untuk menentang anak buah Jurgen Klopp nanti.

Man Utd kini berada di tangga kedua, sama mata dengan pendahulu liga Man City dan hanya dipisahkan dengan jaringan gol sahaja dalam 7 perlawanan.

Bagi Liverpool, ianya adalah permulaan musim yang bercampur-campur di kala ketika ini bahagian pertahanan menerima kritikan yang sangat banyak dengan melihat prestasi skuad ini.

Buktinya, anak buah Jurgen Klopp telah menunjukkan kekuatannya ketika menentang Arsenal dan menang 4-0 ketika melayan skuad Arsene Wenger itu pada bulan Ogos yang lepas.

Bekas pemain Chelsea itu merasakan bahagian serangan mampu menunjukkan sesuatu terutama ketika berada dengan sokongan penontonnya di Anfield nanti.

Man Utd dalam perlawanan terakhir menang dengan Crystal Palace 4-0 di Old Trafford manakala Liverpool hanya mampu seri sahaja dengan Newcastle di Stadium St James Park.

Dalam perlawanan di tempat sendiri, dengan cara Liverpool akan lebih menyerang, pasukan itu mampu untuk menewaskan sesiapa sahaja yang bertandang ke sana (jika barisan serangan berprestasi baik).

Man Utd tidak pernah kalah lagi dalam musim ini, dan Liverpool hanya berjaya mendapatkan 1 kemenangan dalam 7 perlawanan sepanjang bulan September dan Oktober lepas.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Facebook Liverpool Malaysian Reds & Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds