Harry Wilson Akan Diberi Banyak Pilihan Pada Januari

Wilson adalah kapten dan menjadi harapan bagi skuad Liverpool Bawah 23, kerana cemerlang menjaringkan gol bagi setiap minggu.

Tetapi, sangat jelas yang Wilson masih ketinggalan jika dibandingkan dengan Ben Woodburn, yang berjaya masuk ke skuad utama Liverpool.

Kerana itu, berkemungkinan Wilson akan dipinjamkan pada Tahun Baru akan datang, dengan Neil Critchley mengatakan, pemain muda Wales ini akan mempunyai lebih banyak pilihan jika dia boleh terus bermain untuk semusim ini.

Terang Critchley juga, ini untuk menguji lagi kekuatan fizikal dan mental Wilson sendiri, dengan bermain dalam persekitaran yang lebih mencabar.

Sekarang, Wilson akan dikerah untuk melakukan permainan dua kali seminggu, bagi melihat kecergasan beliau, samada dapat menampung tahap kecergasan yang diperlukan pasukan bolasepak utama.

Dan Critchley berharap, yang Wilson akan terus bermain dengan baik bagi jangka masa untuk sekarang, sehingga Januari.

Dari situlah, Wilson bakal menentukan apa pilihan yang beliau ada, bila Januari tiba.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds