Pierre-Emerick Aubameyang Harus Menjadi Pilihan Akhir Jurgen Klopp

Liverpool kini kerap menggunakan Roberto Firmino dibahagian serangan dengan kiri dan kanan dibantu oleh 2 Pemain yang laju Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Tetapi bekas pertahanan Liverpool satu ketika dulu Phil Thompson mengatakan serangan liverpool seharusnya mempunyai pemain penyerang tulin seperti Aubameyang yang pernah bermain di bawah kendalian jurulatih Jerman itu di Bundesliga.

Pertahanan Liverpool juga telah menerima pelbagai kritikan apabila gagal membawa masuk pemain Southamtom, Virgil Van Dijk musim panas lalu.

Dikala Virgil Van Dijk bakal menjadi target utama januari nanti dibahagian tengah pertahanan ,Thompson percaya Liverpool tidak seharusnya membawa Virgil Van Dijk sahaja untuk kukuhkan bahagian itu kerana ia tidak memadai.

“saya tidak yakin liverpool memerlukan Virgil Van Dijk sahaja untuk januari nanti” kata Thompson

“dia mampu mempertingkatkan kekebalan bahagian itu tapi dia bukan jenis pemimpin yang tulin dibahagian belakang”

saya ingin melihat pertahanan lain yang mampu mengarahkan dan lebih fizikal”

kami berharap liverpool akan mendatangkan seberapa banyak pemain terutamanya bahagian pertahanan dan tidak lupa harus dilihat bahagian serangan juga”

Liverpool yang akan menerima Manchester United sebagai pasukan pelawat dalam liga pada 14 januari nanti tampak akan mudah diaibkan sekiranya tiada penambah baik an di semua sudat termasuk serangan yang kerap sia-siakan peluang terhidang.

Sumber: Express 8/10

Ditulis oleh: Nur Azmie B. Derese

Untuk: Liverpoolmalaysiareds.com

Post Author: LMREDS Writer