Jamie Redknapp : Jika Defensif Mudah Bolos, Ofensif Mesti Perkukan Gol

Jamie Redknapp mungkin telah mengetahui apakah masalah yang melanda Liverpool ketika ini. Bekas pemain Liverpool ini mungkin ketahui bagaimanakah ingin menyelesaikan masalah ini.

Redknapp dalam columnnya di Daily Mail menyatakan bahawa ianya bukanlah berpunca daripada bek tengah sedia ada. Ada yang lebih besar daripada itu, dan ianya tidak diselesaikan lagi.

Masalah utama bagi Liverpool sebenarnya adalah bahagian pembelian pemain ketika musim panas yang lepas. Jurgen Klopp gagal dalam membawa mana-mana bek tengah. Isu sebenarnya adalah bek tengah Liverpool tidak cukup bagus.

Jamie mengatakan di media sosial, isu bek Liverpool ini menjadi bualan hangat bukan sahaja kepada peminat Liverpool, tetapi juga peminat pasukan lain.

Selain itu, Jamie juga memperincikan bagaimana ingin menyelesaikan masalah ini, dengan pengalaman sebagai pemain bola sepak, masalah ini boleh diselesaikan dengan pembelian seorang pemain tengah defensif untuk membantu bahagian defensif selaku ‘screening’.

Walaupun mempunyai dua contoh yang biasa digunakan samada Nemanja Matic daripada Man Utd atau N’Golo Kante daripada Chelsea, Jamie Redknapp memberi contoh yang berbeza pada kali ini.

Bahagian defensif akan lebih terbantu jika ada seorang pemain defensif tengah seperti Fernandinho yang akan menghidu ancaman dan mematahkan serangan tersebut terlebih dahulu.

Selain itu, Jamie Redknapp juga tidak hanya tertumpu kritikannya terarah kepada bahagian defensif sahaja. Barisan serangan Liverpool juga dikritik dengan jelas jika dibandingkan dengan Spurs atau pasukan lain.

Jika barisan bek anda mudah bolos, anda perlu seorang yang prolifik dalam serangan. Contohnya, Romelu Lukaku atau Harry kane yang mampu untuk menjaringkan 20 gol dalam satu musim.

Walaupun ianya seolah-olah berunsur negatid, tetapi sebenarnya apa yang diperkatakannya agk tepat.

Liverpool akan menerima kunjungan Man Utd pada 14 Oktober nanti setelah memberi ruang kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia pada hujung minggu ini.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Facebook Liverpool Malaysian Reds & Web Liverpool Malaysian Reds

Ditulis oleh : Mohd Zahari (Bos LMreds)
Untuk : Liverpoolmalaysianreds.com

Post Author: Bos LMreds