Barcelona Akan Mencuba Untuk Membida Coutinho Pada Januari

Namun difahamkan Liverpool akan tetap dengan keputusan untuk tidak menjual pemain itu.

Ketua eksekutif Barcelona Oscar Grau menyatakan bahawa mereka akan melancarkan bidaan untuk pemain itu pada Januari nanti.

Setakat ini pasukan Catalan itu gagal membida pemain tersebut sepanjang musim panas lepas, dengan harapan sebagai pengganti Neymar yang berpindah ke PSG.

Coutinho juga telah menghantar permohonan perpindahan dalam usaha merealisasikan perpindahan itu namun hanya menyaksikan tiga bidaan Barcelona ditolak oleh Liverpool, kali terakhir dengan nilai £118 juta.

Grau menyatakan bahawa mereka tidak berputus asa memburu pemain itu tetapi difahamkan Liverpool tidak mahu menjual dan tidak berniat melepaskan pemain itu pada Januari.

Menurut Grau :

“Kami bersedia untuk mendapatkan Coutinho pada pintu perpindahan musim sejuk depan dan mana mana pemain yang dimahukan staf teknikal”.

“Namun apa yang kami utamakan adalah keseimbangan, seseorang yang akan masuk maka ada seseorang yang akan keluar”.

“Kami harus lupakan harga yang dibayar untuk Neymar musim lepas. Selepas cukai, kami menjana keuntungan sebanyak £188 juta dan memberi impak terus ke dalam perbendaharaan kelab yang bernilai £144 juta”.

Coutinho telah bangkit bermain secara mendadak sejak pintu perpindahan ditutup, dan telah menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berterusan.

ADMIN

Selagi Barcelona tidak memiliki dan menundukkan keegoan Liverpool, selagi itu mereka akan mencuba membida mana mana pemain LFC.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman