Liverpool vs Manchester United : Info Perlawanan Malam Ini

Pertembungan dua seteru dan dua kelab terbaik di Northwest England malam ini.

SEPAKMULA

Jam 12.30 tengah hari di Merseyside. Dan bermakna di Malaysia pada jam 7.30 malam.

TONTONAN

Di Malaysia, siaran langsung dapat diikuti menerusi Astro Supersports 816 / 834 HD.

Jika anda berada berdekatan dengan TGV, tontonan siaran langsung boleh diikuti menerusi siaran layar perak di sana namun sila semak panggung wayang mana yang menyiarkan siaran ini.

Jika ada link live streaming dan live fb, kita akan cuba bantu. Facebook sangat tegas sekarang berkaitan live FB.

PEMAIN TUMPUAN

Liverpool FC

Phillippe Coutinho adalah pemain yang perlu diawasi sepanjang masa oleh Manchester United. Setakat ini beliau telah menjaringkan 3 gol dari 3 perlawanan.

Manakala Mo Salah akan menjadi penyerang dan sayap utama di bahagian kanan. Beliau dalam tahap terbaik setelah membantu Mesir ke Piala Dunia minggu lepas.

Manchester United

Romelu Lukaku adalah ancaman berbahaya dari Manchester United. Beliau telah menjaringkan 7 gol dari 7 perlawanan melibatkan kelab tersebut.

Marcus Rashford, Anthony Martial, Jesse Lingard dan Henrik Mkhtaryan adalah barisan sokongan serangan Man United sekarang. Sebahagian mereka mungkin akan masuk di separuh masa kedua namun tujuan untuk mengekalkan momentum serangan Man United.

PENGADIL PERLAWANAN

Martin Atkinson.

Beliau adalah pengadil perlawanan yang pernah mengecewakan ramai peminat Liverpool beberapa musim lepas.

Beliau jugalah pengadil yang bertanggungjawab mengeluarkan Steven Gerrard dari padang pada perlawanan terakhir beliau menentang Manchester United, pada Mac 2015 dengan hanya 38 saat berada di padang atas kesalahan memijak Herrera.

Beliau telah mengadili 40 perlawanan melibatkan Liverpool, dengan 18 kemenangan, 11 seri dan 11 kekalahan kepada Liverpool.

Namun yang menariknya, beliau setakat ini telah melayangkan 4 kad merah kepada pemain Liverpool sejak beliau menjadi pengadil di EPL. Antaranya ialah Sotiros Kyrgiakos ( Feb 2010 vs Everton, Joe Cole ( Aug 2010 vs Arsenal ), Jose Enrique ( Apr 2012 vs Newcastle United ) dan Steven Gerrard ( Mac 2015 vs Man United ).

KECEDERAAN DAN PENGGANTUNGAN

Liverpool FC

Sadio Mane tersisih daripada pasukan selepas mengalami masalah hamstring ketika beliau bersama Senegal beberapa hari lepas.

Terlalu awal buat Adam Lallana untuk diturunkan walaupun beliau sudah mula berlatih di padang.

Nathaniel Clyne masih tersisih akibat kecederaan dan memerlukan masa yang panjang untuk pulih.

Manchester United.

Ramai. Kaki fantasy boleh take note.

Maroune Fellaini dan Paul Pogba masih tersisih akibat kecederaan, dan Ander Herrera berkemungkinan besar akan diturunkan.

Romelu Lukaku dikhabarkan mengalami kecederaan buku lali ketika aksi antarabangsa ketika bersama Belgium, namun dilaporkan cergas untuk diturunkan hari ini.

Phil Jones digugurkan dari skuad England disebabkan kecederaan namun difahamkan beliau telah kembali cergas dan akan diturunkan malam ini.

Sudah pasti Zlatan Ibrahimovic dan Marcus Rojo tidak akan diturunkan lagi selepas mengalami kecederaan lutut serius musim lepas.

PERTEMUAN TERAKHIR

Musim lepas menyaksikan kedua dua perlawanan melibatkan Liverpool dan Manchester United berakhir dengan keputusan seri. 0 – 0 di Anfield dan 1 – 1 di Old Trafford. Liverpool mendahului menerusi sepakan penalti James Milner sebelum Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol penyamaan dalam 10 minit sebelum wisel penamat.

FAKTA MENARIK PERTEMUAN

Liverpool hanya mencatatkan satu kemenangan dari 7 perlawanan liga ke atas Man United, pada musim 2013 2014.

Kedua dua pasukan telah bertemu 50 kali dalam era Liga Perdana, Man United menang 27 kali, Liverpool menang 13 kali dan seri 11 kali.

Manchester United tidak kalah dalam 10 perlawanan pelbagai peringkat musim ini manakala Liverpool tidak terkalah di Anfield sejak 7 perlawanan lepas.

Romelu Lukaku hanya menjaringkan 1 gol dalam 7 perlawanan ke atas Liverpool.

Klopp hanya tewas sekali dalam 7 pertemuan bersama skuad Mourinho.

ADMIN

Ramalan anda? Hanya kemenangan wajib dicari pada hari ini.

YNWA Redsmen!

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman