Liverpool 0 Man Utd 0: Rating Pemain

Liverpool menerima kunjungan Man Utd dalam perlawanan kelapan ini.

Perlawanan berakhir dengan 0-0.

Pujian diberikan kepada defensif kerana berjaya mendapatkan “cleansheet” sejak Kali terakhir pada bulan lepas menentang Arsenal.

Namun, barisan penyudah sedikit tumpul.

Simon Mignoket – 6.5

Menyelamatkan rembatan daripada Lukaku dalam minit akhir separuh masa pertama.

“Bersahaja” dalam separuh masa kedua kerana tiada sebarang ancaman.

Joe Gomez – 6.5

Menyebabkan Anthony Martial “terdiam” pada separuh masa pertama.

Solid dalam separuh masa kedua juga, yang turun “mendiamkan” peminat yang mempertikaikan mengapa pemain ini diturunkan.

Sama seperti Moreno, hanya perlu dipertingkatkan “delivery”.

Joel Matip – 7.5

Man mark kepada Romelu Lukaku dalam separuh masa pertama dengan agak baik.

Ini adalah rombakan yang baik kepada Jurgen Klopp memandangkan sebelum ini Joel Matip hanya menjadi “last defender”, tetapi pada hari ini lebih cemerlang.

Dejan Lovren – 7

Mulakan perlawanan dengan agak baik dan agresif.

Mengawal bek daripada ancaman Man Utd sepanjang perlawanan.

Tiada sebarang percubaan berbahaya pada separuh masa kedua.

Alberto Moreno – 6.5

Satu larian sangat baik di sebelah kiri pada separuh masa pertama tetapi hampir sahaja membiarkan Man Utd menghantar bola kepada Matic, mujur sedikit tersasar.

Perlu, perlu dan perlu pertingkatkan delivery yang sering menjadi masalah besar kepada Moreno.

Jordan Henderson – 7.5

Mengawal tempo dengan sewajarnya dalam separuh masa pertama dan kedua.

Berjaya melakukan pressing atau interception yang menyulitkan “flow attacking” Man Utd.

Emre Can – 6.5

Membalas kepercayaan Jurgen Klopp pada separuh masa pertama dengan prestasi yang agak baik.

Kesilapan sedikit semasa penyudah hantaran Gomez, agak bagus dalam melakukan larian breakaway.

Philippe Coutinho – 7

Diletakkan sebagai “false 10”, dalam shape “diamond”. Sentiasa mengucar kacirkan bek Man Utd.

Mencuba juga dalam separuh masa kedua, tetapi defensif berlapis daripada Man Utd menyukarkan dan menyulitkan sebarang rembatan Coutinho sepanjang perlawanan.

Gyni Wijnaldum – 6.5

Wujud kembali kelibat pemain ini setelah “hilang” dari radar sejak perlawanan menentang Arsenal.

Tidak bernasib baik jaringkan gol pada separuh masa pertama hanya kerana kecekapan De Gea.

Tiada sebarang berbahaya dalam separuh masa kedua.

Mohamed Salah – 6.5

Lariannya sentiasa berbahaya, tetapi rembatannya agak tumpul terutama satu rembatan yang tersasar ketika berebut dengan Philippe Coutinho.

Beberapa kali percubaan tersasar atau terlalu lembut.

Kemuncaknya rembatan liar sebelum dikeluarkan.

Roberto Firmino – 7

Prestasi terbaik Roberto Firmino sebagai False 9 jika dibandingkan 3 perlawanan lepas.

“Hidup” dalam separuh masa kedua juga.

Mungkin perlu lebih “tamak” terutama dalam separuh masa kedua.

PEMAIN GANTIAN

Daniel Sturridge – 6

Tiada sebarang percubaan yang dilakukan oleh pemain ini dengan hanya 15 minit sahaja diberi masa.

Alex Oxlade Chamberlain – 6

Jika dimasukkan lebih awal, mungkin sesuatu boleh dihasilkan.

Walaupun hanya sekadar 13 minit, tetapi beberapa kali melepasi Damian dan hantaran yang berbahaya termasuk hantaran sepakan sudut.

Dominic Solanke – 5

Dengan hanya 5 minit sahaja diberikan ruang, agak sukar untuk berikan impak.

Jurgen Klopp – 6

Kesebelasan yang baik dan seimbang. Namun, pertukaran taktik terlalu lewat terutama ketika menukarkan Daniel Sturridge & Alex Chamberlain.

Juga boleh dipertikaikan bahagian membawa keluar Philippe Coutinho.

Mungkin mengambil kira perlawanan menentang Maribor selepas ini dalam Liga Juara Eropah.

PEMAIN TERBAIK LIVERPOOL

Jordan Henderson

Oleh: Mohd Zahari
Untuk: Liverpoolmalaysianreds.com

Post Author: Bos LMreds