Gerard Houllier Mendedahkan Mengapa Beliau Melepaskan Peluang Untuk Mendapatkan Cristiano Ronaldo

Bekas pengurus Liverpool ini pernah berminat untuk merekrut pemain remaja berbakat ini pada 2003.

Dan beliau menyatakan bahawa struktur penggajian di Liverpool ketika itu telah menghalangnya daripada mendapatkan Cristiano Ronaldo yang ketika itu bermain dengan Sporting Lisbon.

Ketika itu Liverpool memandang pemain itu sebagai salah seorang pemain berbakat di Eropah dengan Houllier berminat mendapatkannya, namun tidak dapat memenuhi permintaan gaji yang diminta pemain muda itu.

Seterusnya Ronaldo menyertai Manchester United pada nilai £12 juta pada musim panas 2003, melakukan 196 penampilan dengan 84 gol dan akhirnya dijual ke Real Madrid dengan nilai £80 juta pada 2009.

Menurut Houllier :

“Kami menyaksikan beliau di Kejohanan Toulon dan kami mahukan beliau”.

“Namun kami mempunyai struktur gaji sendiri dan kami tidak dapat memenuhi permintaan gajinya”.

“Dan Manchester United menentang Sporting Lisbon dalam perlawanan persahabatan dan semua pemain mereka berkata kepada Alex beliau harus mendapatkan pemain tersebut”.

“Namun saya bersetuju untuk tidak memecahkan struktur gaji ketika itu. Saya berfikir ia akan menimbulkan masalah di bilik persalinan”.

Beliau juga menambah, Harry Kewell adalah pemain yang tepat untuk Liverpool dan beliau mendapatkan pemain itu dari Leeds dengan nilai £5 juta sahaja.

“Mungkin kami akan menjuarai liga jika mendapatkan Ronaldo, tetapi kami mempunyai Harry Kewell yang ketika itu sangat memukau namun malangnya beliau ditimpa kecederaan berlarutan”.

“Selepas itu keyakinan beliau tidak lagi sama dan begitu juga cara permainannya”.

Manakala pembantu Houllier ketika itu, Phil Thompson mendedahkan bagaimana struktur kontrak pada 2 pemain muda France, Florent Sinama Pongolle dan Anthony Le Tallec telah menidakkan permintaan gaji Cristiano Ronaldo.

“Kami baru sahaja mendapatkan Sinama Pongolle dan Le Tallec, di mana ianya satu lebih kurang aspirasi dari Cristiano Ronaldo”.

“Dan ia akan mewujudkan satu anarki di bilik persalinan jika mereka mendapat tahu berapa gaji yang kami tawarkan buat pemain berusia 18 tahun tersebut”.

“Kami cuba berkompromi. 10 hari kemudian saya dan Houllier sedang makan tengahari di cafe di Anfield dan berita tengahari itu mendedahkan Manchester United telah mendapatkan Cristiano Ronaldo dengan nilai £12.2 juta. Kami hampir tersedak mendengarnya”.

ADMIN

Harry Kewell ditimpa kecederaan berpanjangan sepanjang kariernya di Anfield, Sinama Pongolle bermain sesekali dalam perlawanan penting di Liverpool dan Anthony Le Tallec gagal menyerlah di Liverpool.

Jadi adakah struktur gaji di Anfield ketika itu menjadi masalah?

Berbalik kepada idea Klopp, ianya semua berkaitan dengan pemain yang ‘tepat’ untuk kelab tanpa memikirkan struktur gaji.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman