Everton Memecat Ronald Koeman – Setelah 16 Bulan Di Goodison Park

Keputusan diambil setelah kekalahan besar Everton kepada Arsenal 2 – 5, sekaligus meletakkan kelab itu begitu hampir di Bottom 3.

Pengurus Belanda itu berada dalam tekanan sejak beberapa minggu lepas setelah memulakan musim dengan buruk, berada pada kedudukan Bottom 3 dan juga menghadapi penyingkiran daei kancah Europa League.

Peminat Everton sangat tidak berpuas hati dengan pencapaian Everton selepas kekalahan ke atas Arsenal semalam, dengan diejek penyokong sendiri ketika wisel penamat dibunyikan.

Bill Kenwright dan Farhad Moshiri antara yang menyaksikan perlawanan tersebut, dan mereka telah bertindak memecat pengurus itu hari ini.

Berikut adalah kenyataan rasmi dari kelab :

“Everton FC telah mengesahkan bahawa Ronald Koeman telah meninggalkan kelab”.

“Pengerusi Kelab Bill Kenwright, Lembaga Pengarah dan Pemegang Saham Majoriti Farhad Moshiri mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana jasa yang dilakukan selama 16 bulan dan membantu kelab ini menduduki tangga ketujuh musim lepas”.

Everton akan bertemu Chelsea dalam kempen Piala Liga Rabu ini sebelum mereka mengumumkan pengurus baru kelab.

ADMIN

Ini merupakan pengurus ketiga dipecat selepas Frank De Boer ( Crystal Palace ) dan juga Craig Shakespeare ( Leicester ).

Adakah David Moyes akan kembali ke Everton?

Sumber : Liverpool Echo 

 

Post Author: Mohd Nuruzzaman