Gini Wijnaldum Dilaporkan Pulih Menjelang Perlawanan Menentang Huddersfield

Beliau terlepas aksi menentang Spurs di mana kelab itu tewas besar 4 – 1 akibat kecederaan.

Dan difahamkan juga beliau akan cergas menjelang perlawanan menentang Huddersfield pada Sabtu ini.

Wijnaldum ditimpa kecederaan setelah berlaga sesama rakan sepasukan ketika sesi latihan pada Sabtu dan Jurgen Klopp mendedahkan bahawa pemain tidak selesa bermain untuk perlawanan di Wembley itu.

Namun begitu, pemain berusia 26 tahun ini memberikan maklumbalas positif mengenai pemulihan kecederaan beliau dalam masa 48 jam, dan seterusnya diberikan lampu hijau oleh pakar perubatan untuk sesi latihan penuh pada Rabu.

Beliau berharap untuk merebut kembali kesebelasan utama dalam skuad Liverpool selepas ini.

Semasa ketiadaan beliau, Emre Can, Jordan Henderson dan James Milner membentuk trio pemain tengah ketika perlawanan menentang Spurs namun tidak dapat menahan asakan demi asakan daripada pemain Spurs ketika itu.

ADMIN

Welcome back Gini Wijnaldum. YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman