Newcastle United Berminat Untuk Meminjam Khidmat Ings Pada Januari?

Pemain itu juga semakin menghampiri untuk pulih sepenuhnya sejak kecederaan jangka panjang sejak 2015.

Meskipun Danny Ings sedang berusaha untuk mengembalikan kecergasannya musim ini, beliau tampak sukar untuk menembusi ke dalam kesebelasan utama Liverpool dengan hanya melakukan 4 penampilan yang berjumlah 92 minit sepanjang Klopp menjadi pengurus Liverpool.

Tetapi beliau dilaporkan semakin menyerlah dalam skuad Bawah 23 Tahun dengan membantu pasukan itu menang besar 7 – 0 ke atas Bristol City di mana beliau sendiri menjaringkan 4 gol.

Berusia 25 tahun, beliau sepatutnya menyasarkan sasaran sebagai pemain utama Liverpool dan terpaksa melakukan yang terbaik dengan peluang yang terhad.

Menurut akhbar Newcastle Chronicles, Rafa Benitez dilaporkan mahu membawa Danny Ings secara sementara ke kelab tersebut pada Januari depan.

Dengan situasi Newcastle yang mahu mencari pembeli kelab yang baru, maka bajet pembelian yang diberikan oleh Mike Ashley kepada Benitez  dilaporkan sangat terhad.

Status peminjaman buat Ings dilaporkan adalah tepat pada masanya, di mana akan memberikan Danny Ings lebih minit untuk bermain.

Ings menjaringkan 3 gol dalam 9 penampilan bersama Liverpool sebelum ditimpa kecederaan pada 2015, dan sebelum itu menjaringkan 11 gol dalam 35 penampilan bersama Burnley.

Walaupun Newcastle mempunyai barisan penyerang yang ampuh seperti Dwight Gayle, Alexsandar Mitrovic dan juga Joselu namun Benitez mahukan seorang lagi penyerang untuk meningkatkan lagi potensi kedudukan kelab yang kini berada di tangga ke 11.

ADMIN

Apa kata anda? Adakah anda setuju Danny Ings dipinjamkan sementara ke Newcastle?

Make sense kalau difikirkan secara logik.

Sumber : This Is Anfield

Post Author: Mohd Nuruzzaman