Man City Bersedia Untuk Merekrut Emre Can Musim Depan?

Terdapat laporan akhbar mendakwa Emre Can mungkin berhijrah ke kelab yang lebih dekat berbanding Juventus.

Daily Star menerusi sumber di Itali mendakwa Juventus ketika ini risau disebabkan mereka mungkin kehilangan Can kepada Manchester City.

Sebelum itu Juventus secara tenang sedang memantau perkembangan Can secara dekat, dengan beliau belum lagi menandatangani kontrak baru bersama Liverpool yang akan tamat pada musim panas depan.

Sumber itu juga mendakwa Man City akan menggunakan Leroy Sane, salah seorang rakan karib Emre Can untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Liverpool itu ke Etihad musim depan.

Manakala Liverpool pula tidak berputus asa untuk menyelesaikan masalah kontrak bersama wakil Emre Can, di mana difahamkan bahawa pemain itu mahu memasukkan klausa pelepasan buat dirinya dalam sebarang perjanjian kontrak baru.

Dan setakat ini, Can boleh meninggalkan Anfield secara percuma musim depan.

ADMIN

Setakat ini masih kekal Juventus menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat Emre Can, berbanding sumber yang menyatakan Man City mungkin berminat.

Namun tidak menolak berkemungkinan beberapa kelab sedang memantau perkembangan pemain ini musim ini.

Diharap Liverpool dan Can dapat menyelesaikan masalah antara mereka dengan kontrak baru dipersetujui dan ditandatangani.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman