John Aldridge: Kesilapan Taktikal Klopp Buat Liverpool Kehilangan 3 Mata

Legenda Liverpool, John Aldridge, merasakan kegagalan Liverpool mendapatkan 3 mata penuh di Anfield dalam perlawanan menentang Chelsea adalah disebabkan ‘kegagalan’ taktikal Jurgen Klopp.

Liverpool telah berjaya mendahului perlawanan dengan gol jaringan Mohamed Salah sebelum Willian menyamakan kedudukan pada hujung perlawanan.

 

Pengurus Liverpool terlalu ‘kritikal’ kerana lewat melakukan pertukaran pemain yang menjadi penyumbang kepada kegagalan Liverpool mengekalkan gol pendahuluan.

Bercakap dalam kolumnya, Aldrisge merasakan bahawa gol penyamaan Willian sememangnya boleh dielakkan jika Klopp melakukan pertukaran lebih awal.

“Liverpool manager Jurgen Klopp made a big tactical error against Chelsea last night and it may have cost his side a vital victory,” Aldridge wrote.

“Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp gagal untuk mendapatkan kemenangan mustahak dalam perlawanan menentang Chelsea dan ianya disebabkan kegagalannya dalam taktikalnya.”

“Ketika anda berada dalam kedudukan sebegitum menentang satu pasukan yang sangat kuat dalam serangan, anda harus mempertahankan apa yang anda miliki (gol pendahuluan).”

“Disebabkan itu, saya merasakan Klopp harus menurunkan Trent Arnold dan bergabung dengannya untuk membentuk 5 bek dalam 15 minit terakhir”.

“Kelihatan sesuatu yang tidak pasti berlaku di bahagian bangku simpanan Liverpool ketika Adam Lallana sedang berada di kedudukan untuk ditukar. Kemudian, berpatah balik ke bangku simpanan dan perkara itu beberapa kali terjadi. Willian sangat bertuah mendapat gol ppenymaan itu.”

“5 Bek di bahagian belakang mungkin mampu untuk memberhentikan hantaran lintang Willian tersebut ke gawang Liverpool. Perlawanan ini telah terjadi dan Liverpool telah kehilangan 2 mata.”

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Like Facebook Page Kami: Facebook Liverpool Malaysian Reds

Lawati Laman Kami: Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds