Hari Keluarga Reds 2017 : Kolaborasi Bersama Jesselton Reds & Sepanggar Reds

Penganjuran acara  bersama oleh dua kumpulan peminat Liverpool yang berpusat di Kota Kinabalu, Sabah pada 26 November 2017.

Kedua dua kelab peminat ini telah mencapai persetujuan untuk mengadakan hari keluarga yang terdiri daripada penyokong Liverpool di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu sehari selepas perlawanan menentang Chelsea.

Antara objektif utama penganjuran hari keluarga REDS adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama keluarga penyokong Liverpool, membicarakan mengenai Liverpool dalam konteks bersemuka, meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga dan juga menaikkan semangat sesama Reds untuk terus menyokong Liverpool amnya.

Admin sempat berjumpa dengan orang kuat Sepanggar Reds iaitu saudara Rie YNWA, Rais dan Samsul Alan bagi mendapatkan butiran mengenai program kelolaan bersama ini.

Sesi liveview Sepanggar Reds di Restoran Maimunah Alamesra semasa perlawanan Liverpool menentang Chelsea.

Berikut adalah beberapa foto aktiviti yang sempat dirakamkan semasa aktiviti Hari Keluarga Ini.

Sesi bergambar bersama banner kedua dua kumpulan peminat, Jesselton Reds dan Sepanggar Reds
Aktiviti yang wajib ketika berada di pantai, memanggang sayap ayam dan sosej. Foto oleh : Samsul Alan.
Terasa lapar? Foto oleh :Samsul Alan
Antara keluarga REDS yang terlibat dalam acara sukaneka. Foto oleh : SReds.
Orang orang kuat Sepanggar Reds dan Jesselton Reds. Foto oleh : Samsul Alan
Abang Brotherdien Amar di acara sukaneka antara keluarga Reds. Foto oleh : Samsul Alan
Goncang gelas ke bang? Haha. Foto oleh : Samsul Alan
Acara Sukaneka : Jentik Gelas? Betulkan jika saya salah. Haha. Foto : Manzo
Acara Sukaneka : Baling Telur antara kumpulan. Foto oleh : Manzo
Semakin lama semakin jauh. Foto oleh : Manzo
Lagi jauh. Haha. Foto oleh : Manzo
Persediaan untuk gambar kenang – kenangan antara dua kumpulan peminat terbesar, berhadapan dengan Teluk Likas. Foto oleh : Samsul Alan
We Are Liverpool, Tralalalala! Foto oleh : Samsul Alan.
Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang. Foto oleh : Samsul Alan
Orang kuat Jesselton Reds turut membantu menyampaikan hadiah kepada pemenang. Foto oleh : Samsul Alan
Satu lagi gambar kenang kenangan untuk famili Reds dari Kunak, saudara Jeff Jafar. Foto oleh : Samsul Alan
This Is Anfield. Foto oleh : Samsul Alan
Tahniah Jesselton Reds dan Sepanggar Reds. YNWA. Foto oleh : Samsul Alan

ADMIN

Kolaborasi sebegini adalah salah satu medium berinteraksi antara kedua dua kumpulan penyokong yang amat dialu alukan, dan diharap akan lebih mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama penyokong REDS.

Kami AJK Memanggang mahu juga bergambar kenang kenangan. Foto oleh : Samsul Alan

Ingatlah bahawa anda sebenarnya ‘tidak keseorangan’ jika anda merupakan salah seorang penyokong Liverpool di muka bumi ini.

Dan tahniah kepada Sepanggar Reds dan Jesselton Reds atas kejayaan penganjuran acara yang amat bermakna untuk warga REDS di Kota Kinabalu serta di seluruh Malaysia amnya. YNWA.

Daripada : Manzo untuk Liverpool Malaysian Reds.

Post Author: Mohd Nuruzzaman