Liverpool Kembali Ke Landasan Kemenangan Di Stoke : Benam Tuan Rumah 3 – 0

Liverpool mendahului awal menerusi Sadio Mane, namun Mo Salah bermula dari bangku simpanan untuk menambah 2 gol lagi.

Jurgen Klopp merombak barisan pemainnya ketika berkunjung ke Brittania apabila meletakkan Mo Salah, Henderson dan Coutinho di bangku simpanan sambil menurunkan Alex Oxlade bersama sama Dominic Solanke dan kembalinya Mane serta Firmino di kesebelasan utama.

Liverpool sebenarnya bermula agak perlahan dengan banyak hantaran hantaran yang kurang kemas ke bahagian serangan.

Namun dalam keadaan rentak permainan perlahan itu, Liverpool sempat mencuri gol pendahuluan apabila satu hantaran lintang menemui Solanke, dan hanya satu kuisan untuk melepaskan Mane bagi membolehkan beliau menolak bola masuk menewaskan penjaga gol Stoke.

Tetapi gol pendahuluan itu bagaikan mencetus semangat buat Stoke, dengan mula mendominasi perlawanan dengan hantaran hantaran jauh ke gol untuk menemui kepala Peter Crouch dan Chopo Moting.

Peminat Liverpool itu hampir dikejutkan dengan reaksi Mignolet yang menjatuhkan pemain Stoke di hadapan petak penalti, namun penjaga gol itu hanya menerima kad kuning dan menyaksikan rembatan Shaqiri terkena benteng Liverpool pada minit ke 40.

Peluang terbaik Liverpool menambahkan gol adalah menerusi Sadio Mane pada minit ke 42 yang melepasi perangkap ofsaid pertahanan Stoke namun hanya menyaksikan rembatannya terkena tiang dan keluar dari gawang lawan walaupun hanya berhadapan 1 lawan 1.

Bersambung babak kedua, Stoke masih lagi menekan barisan tengah Liverpool secara berterusan dengan Joe Allen hampir melakukan rembatan deras ke gawang Liverpool, tetapi dinafikan oleh Lovren menerusi satu sentuhan bola itu.

Dan kali ini Jurgen Klopp tidak teragak agak untuk melakukan pertukaran lebih awal, dengan mengeluarkan Alex Oxlade dan Solanke untuk Mo Salah.

Allen sekali lagi mengancam pintu gol Liverpool pada minit ke 68 namun rembatan beliau tinggi di hadapan gol.

Permainan Liverpool menjadi lebih hidup selepas kemasukan Mo Salah, dan akhirnya beliau menambah gol kedua menerusi satu rembatan voli kencang ke gol Stoke pada minit ke 77 setelah menerima satu hantaran lintang daripada Mane.

Berselang 5 minit, sekali lagi Mo Salah mencuri perhatian apabila mengambil kesempatan atas hantaran lemah Martins Indi dan pemain itu mudah menolak bola masuk ke gawang Stoke City untuk gok ketiga.

Liverpool masih meneruskan serangan selepas itu menerusi percubaan Firmino dan sepakan percuma Wijnaldum namun dapat dikendalikan dengan baik oleh penjaga gol Stoke.

Stoke City pula mendapat peluang keemasan untuk meraih gol saguhati menerusi rembatan Jese yang ditepis Mignolet, tepat ke penyerang Stoke City namun menyaksikan rembatan pemain itu terkena palang, jatuh pula kepada Peter Crouch namun follow up dari pemain yang sama tinggi melepasi palang gol sebelum disahkan ofsaid oleh penjaga garisan.

Wisel penamat ditiupkan, dan senyuman muncul semula di kalangan pemain dan staf Liverpool serta juga Klopp sendiri.

ADMIN

Tidak sia sia kita bangun awal dan berjaga di awal pagi ini. YNWA.

Post Author: Mohd Nuruzzaman