Minggu Ke-14: Liverpool Berada Di Tangga Kelima Liga Perdana Inggeris

Liverpool kini menghuni tangga kelima selepas 14 perlawanan setelah kemenangan menentang Stoke City awal pagi ini. Ianya berikutan Spurs yang tewas mengejut menentang Leicester City dalam perlawanan semalam.

Liverpool kini mengumpul 26 mata hasil daripada 7 kemenangan, 5 seri dan 2 kali kalah. Jumlah jaringan Liverpool setakat ini adalah, 28 jaringan dan 18 bolos.

Sementara itu, kedudukan pertama dan kedua masih lagi dihuni oleh 2 kelab daripada Manchester iaitu Man City (40) dan Man Utd (32). Jarak mata Liverpool dengan pendahulu liga, Man City adalah 12 mata. Manakala perbezaan hanyalah 4 mata dengan Man Utd.

Tempat ketiga dan keempat pula dihuni oleh Chelsea dan Arsenal dengan masing-masing mengumpul 29 mata dan 28 mata (3 dan 2 mata perbezaan).

Semua pasukan ‘Big 6″ telah memenangi perlawanan melainkan Spurs sahaja yang tumbang. Man City dan Chelsea turut memenangi 3 mata walaupun margin kemenangan sangatlah kecil.

Keputusan Keseluruhan Minggu Ke-14

Untuk perlawanan seterusnya pada hujung minggu ini, perlawanan ke-15 akan berlangsung pada 2-4 Disember nanti.

Pasukan “Big 6” akan menentang pasukan masing-masing kecuali Arsenal & Man Utd yang akan bertembung sesama sendiri di Stadium Emirates.

Chelsea akan melawan Newcastle di Stamford Bridge, Spurs akan ke Vicarage Road menentang Watford, Man City akan menerima kunjungan West Ham di Etihad. Manakala Liverpool akan bertandang ke Stadium Arnex mengunjungi pasukan Brighton.

Perlawanan lengkap adalah seperti berikut:

PERLAWANAN MINGGU KE-15

Sementara, carta penjaring dan pengumpan gol terbanyak adalah seperti berikut:

Liverpool akan menentang Brighton pada Sabtu ini jam 2300 nanti.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Like Facebook Page Kami: Facebook Liverpool Malaysian Reds

Lawati Laman Kami: Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds