Klopp : Pengadil Bertindak Dengan Betul Untuk Tidak Melayangkan Kad Merah Kepada Mignolet

Penjaga gol Liverpool itu hanya menerima kad kuning setelah menjatuhkan Mame Biram Diouf ketika perlawanan menentang Stoke awal pagi tadi.

Beliau dipersalahkan atas situasi di mana Liverpool mendahului 1 – 0 sebelum separuh masa pertama berakhir dan Stoke diberikan sepakan percuma betul betul di luar petak penalti Liverpool.

Pertembungan itu menjadi perdebatan antara peminat, di mana Mignolet adalah pemain terakhir yang bertembung dengan penyerang Stoke City itu.

Keputusan itu jelas menaikkan kemarahan penyokong Stoke dan juga Mark Hughes, namun Klopp berpendapat ianya satu tindakan yang betul dari pengadil perlawanan.

“Kami memerlukan tuah pada situasi itu dan layangan kad kuning buat Simon Mignolet. Saya tidak fikir ianya satu rempuhan keras dari Mignolet, namun sebenarnya mereka mampu untuk menjaringkan gol dari situasi itu dan sepakan percuma dari Xerdan Shaqiri itu adalah salah satu ancaman utama”.

Apabila Klopo ditanya adakah Mignolet orang yang terakhir menyentuh pemain tersebut, beliau menjawab :

“Itulah undang undangnya. Jika anda berfikir satu kesalahan sahaja membolehkan layangan kad merah, saya harus melihatnya semula tetapi saya fikir tidak, Mignolet bukan orang terakhir yang melakukan menyentuh pemain tersebut”.

“Terdapat dua pemain yang melindungi kawasan itu. Itulah undang undangnya. Sangat jelas”.

Mignolet kekal di atas padang dan ianya menjadi titik perubahan hala tuju perlawanan di dalam padang, dengan Liverpool mempertahankan gol pertama itu hinggalah kemasukan Salah yang menjaringkan 2 gol untuk memastikan kemenangan Liverpool.

Dan Klopp mengakui persembahan anak buahnya tidaklah sebagus mana namun gembira bagaimana pemainnya menyerap tekanan bermain di gelanggang lawan untuk membawa pulang 3 mata.

“Ianya kerja keras namun itulah bagaimana bolasepak dimainkan, terutama bila bertandang ke tempat seperti Stoke City. Saya tidak terkejut. Kami sepatutnya lebih selesa di hadapan pada separuh masa pertama dengan dua peluang keemasan namun kami tidak dapat menyempurnakan, mungkin tiada nasib buat kami ketika itu”.

“Separuh masa kedua ianya masih permainan lebih terbuka, sepatutnya bermain dengan lebih baik dengan hantaran yang kemas dan bersikap lebih tenang – tetapi atmosfera stadium bertekanan tinggi dan Crouch berada di sana. Selepas memenangi bola dsri lawan kami sepatutnya bermain lebih baik”.

“Dua pertukaran awal, dua gol cantik, permainan bijak terutama gol kedua. Gol ketiga serangan balas menarik dan gol yang menarik. Kami layak memenangi perlawanan ini hasil kerja keras dan tiada masalah dari kami”.

ADMIN

Jika Mignolet dibuang padang ketika itu, mungkin ianya menjadi ‘turning point’ buat hala tuju perlawanan ketika itu.

Namun nasib menyebelahi beliau. Lucky ‘captain’ for this game.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman