Mignolet : Kami Sememangnya Menang, Namun Kami Terpaksa Bekerja Keras Sebelum Itu

Beliau menegaskan kemenangan 3 – 0 ke atas Stoke City mencerminkan usaha keras sebelum itu.

Satu gol dari Mane dan dua gol dari Mo Salah memberikan Liverpool 3 mata penuh daripada Brittania Stadium.

Namun menurut kapten Liverpool awal pagi tadi, keputusan itu tidak menceritakan hal sebenar yang berlaku sepanjang perlawanan tersebut.

Menurut Mignolet menerusi Liverpool FC :

“Semua pemain bermain dengan baik. Stoke adalah kawasan yang sukar untuk mencatat kemenangan dan sudah semestinya kami telah menang – namun sebelum itu kami telah berusaha dengan keras untuk mendapatkannya. Dan kami lakukanya dengan baik di sana”.

“Mo diturunkan dalam 20 minit terakhir dan beliau membantu kami semua menyelesaikan tugasan ini – dengan memberikan jaringan yang cukup baik dan saya berfikir kamk berhak meraih 3 mata berdasarkan apa yang kami lakukan”.

“Kami bertahan sebaik yang mungkin dan mencipta peluang menerusi serangan balas – hinggakan di separuh masa pertama kami sebenarnya boleh menjaringkan lebih dari 1 gol”.

“Rekod tanpa bolos penjaga gol semestinya bagus dan kami menghargainya – tetapi pujian harus diberikan kepada semua pemain dalam perlawanan itu”.

“Ianya bonus tambahan buat kami semua bersama 3 gol yang kami jaringkan”.

Penjaga gol Belgium itu juga melontarkan pujian terhadap rakan sepasukan Mohamad Salah, yang telah menjaringkan gol peribadi ke 17 nya daripada 21 penampilan setelah tiba dari Roma musim ini.

“Beliau berada pada tahap terbaik buat masa sekarang dan beliau amat penting buat kami”.

“Beliau telah bermain dalam begitu banyak perlawanan dan itu sebab mengapa pengurus meletakkan beliau terlebih dahulu di bangku simpanan, tetapi beliau diturunkan selepas itu dan mengubah keseluruhan perjalanan perlawanan”.

“Jadi kredit kepada beliau dan diharap beliau akan lebih banyak membantu selepas ini”.

ADMIN

Liverpool akan turun menghadapi Brighton pula pada hari Sabtu ini dan diharap mereka akan mampu mencatat lebih banyak kemenangan selepas ini.

Sumber : Liverpool FC 

Post Author: Mohd Nuruzzaman