Diskusi: Jika Anda Adalah Roberto Firmino, Adakah Anda Ingin Lepaskan Bola Tersebut?

Gol pertama Liverpool menentang Stoke yang pertama dijaringkan oleh Sadio Mane memang sangat kontroversi.

Daripada sepakan lintang pertamanya yang dipercayai telah terkeluar lebih awal, hinggalah kontroversi “Roberto Firmino” yang hanya membiarkan sahaja bola tersebut walaupun berpeluang untuk meletakkan namanya sebagai penjaring gol.

Namun itu kontroversi yang baik.

Sebelum itu, marilah kita melihat kembali bagaimana jika seseorang pemain itu ‘kurang profesional’ di antara Nani & Cristiano Ronaldo dalam skuad Portugal pada hampir 7 tahun lepas.

Ini adalah perlawanan di antara Portugal dan Sepanyol pada 2010, di mana Cristiano Ronaldo mampu untuk menjadi penjaring tercantik dalam sejarah. Namun, Nani dalam posisi yang agak ‘sama’ dengan Roberto Firmino, telah menanduk.

Akhirnya gol itu tidak dikira, dan dibatalkan kerana ofsaid. Cristiano ternyata sangat kecewa kerana itu dan Nani memohon maaf atas tindakannya.

Namun, apa yang terjadi yang dilakukan oleh Roberto Firmino sangatlah dipandang tinggi.

Bagi situasi Firmino, ianya lebih jelas, Roberto Firmino boleh untuk menjaringkan gol itu disebabkan posisinya ternyata tidak ofsaid. Sila lihat.

Kelihatan, Sadio Mane ‘seolah-olah tidak mahu Firmino’ mengusik bola tersebut juga.

Ternyata peribadi Roberto Firmino sangatlah dipuji dan beberapa peminat dialam maya mengiktirafnya.

https://twitter.com/ben_hedges94?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.empireofthekop.com%2F2017%2F11%2F29%2Fwhy-firmino-is-being-praised-by-everybody-on-twitter%2F

https://twitter.com/KingAbsolute_?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.empireofthekop.com%2F2017%2F11%2F29%2Fwhy-firmino-is-being-praised-by-everybody-on-twitter%2F

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds