5 Pemain Yang Mendapat Manfaat Jika Dipinjamkan Pada Januari

Dengan Januari akan tiba 1 bulan lagi, ada beberapa pemain Liverpool yang akan beroleh manfaat daripada perpindahan secara pinjaman ke kelab lain.

Liverpool sudah pasti akan dikaitkan dengan beberapa pemain berbakat dan juga pemain bintang pada tahun baru kelak.

Walaupun terlalu banyak tumpuan ke arah perpindahan yang berpotensi iaitu Virgil Van Dijk, terdapat jua beberapa perpindahan keluar yang masuk akal termasuklah apa yang berlaku ketika ini mengenai Marko Grujic.

Kami senaraikan 5 pemain yang mendapat manfaat daripada perpindahan secara pinjaman ini.

Danny Ings

Danny Ings memberikan maklum balas dari dua kecederaan teruk yang menimpa beliau sejak Klopp dibawa masuk pada 2015 lalu. Pemain berusia 25 tahun ini tidak mendapat tempat dalam pasukan utama Liverpool namun berkembang ketika beraksi untuk pasukan Liverpool B-23 ini.

Hakikat, usianya yang makin meningkat dan kekurangan masa permainan. Adalah wajar bagi beliau berpindah secara pinjaman pada bulan januari kelak.

Kelab seperti Newcastle United yang kehilangan penyerang utamanya, Joselu yang menjaringkan 2 gol. Kemungkinan Ings lebih mendapat manfaat dipinjamkan ke sana.

Prestasinya membuka mata pelbagai pihak selepas menjaringkan 4 gol untuk skuad B-23 ketika menentang Bristol City.

Ben Woodburn

Sesetengah penyokong Liverpool mungkin merasakan Klopp mensia-siakan bakat yang ada pada Ben Woodburn. Dengan bakat yang luar biasa dimiliki oleh Ben tidak menghairankan kebanyakan daripada kita penyokong tegar Liverpool akan membahaskan mengenai kekurangan minit permainan pasukan utama.

Sekadar 1 penampilan liga ketika kekalahan kepada Leicester City pada Piala Liga dan juga 4 perlawanan buat B-23 Liverpool. Ia menjadikan 1 musim yang kurang beruntung buat pemain yang berbakat ini.

Kemungkinan Woodburn akan lebih mendapat manfaat atas perpindahan pinjaman ke kelab-kelab di ‘Liga Championship’. Mampu untuk bermain setiap perlawanan di liga tersebut. Woodburn mungkin kembali sebagai pemain yang matang dan permainannya akan lebih menyeluruh.

Ini langkah yang dianggap lebih logik berbanding membina kerjaya yang istimewa buat nya.

Harry Wilson

Harry Wilson dalam kedudukan yang rumit. Dia terlalu bagus untuk bemain untuk Liverpool B-23 namun tidak diberi kepercayaan beraksi untuk pasukan utama.

Ia sangat menghairankan bagi penyokong Liverpool yang beraksi sangat bagus. Dengan rekod 11 gol dan 5 bantuan gol dalam 11 perlawanan musim ini.
Menghairankan bukan?
Dia hanya  memerlukan cabaran baru.

Sama seperti Woodburn, dipinjamkan ke Liga Championship adalah logik buat Wilson. Ia agak mengejutkan namun jika dipinjamkan ke luar liga mungkin dia akan perbaiki dengan lebih baik prestasi dan bakat yang ada dalam dirinya.

Danny Ward

Pandangan yang berbeza-beza daripada penyokong Liverpool mengenai siapa yang layak menjadi penjaga gol no 1. Kebanyakan peminat mahukan Danny Ward menjadi penjaga gol no 1 untuk Liverpool selepas aksi yang tidak meyakinkan ditunjukkan oleh Simon Mignolet dan Loris Karius.

Klopp nyata tidak melihat pandangan itu kerana lebih mempercayai Mignolet dan Karius dalam perlawanan di Liga Perdana dan Liga Juara-Juara melainkan kecederaan menimpa kedua-dua pemain tersebut.

Sebelum ini dipinjamkan ke Aberdeen dan Huddersfield dan menunjukkan prestasi yang amat bagus di sana. Ketika umur sudah mencapai 24 tahun, Ward masih juga tidak mampu meyakinkan Klopp dan kerjayanya tidak berjalan secara bagus buatnya. Kemungkinan kebanyakan kelab-kelab di liga perdana dan Championship akan meminjam pemain ini.

John Flanagan

Pemain yang semakin dilupakan dengan aksinya ini setelah membawa masuk Nathaniel Clyne serta impak yang dibawa Trent Alexander-Arnold dan Joe Gomez.

Kerjaya pemain ini menurun kerana krisis kecederaan yang serius dan musim lalu menyertai Burnley sebagai pemain pinjaman namun tidak mendapat tempat disana termasuklah penampilan yang terhad untuk pasukan Liverpool B-23.

Sikapnya untuk bekerja di Liverpool yang menjadi sebahagian daripada hidupnya ini tidak boleh dipersalahkan namun dia semakin jauh untuk menjadi sebahagian daripada pasukan utama Liverpool.

Kemungkinan dipinjamkan dan dimasukkan klausa pembelian secara tetap adalah yang terbaik buatnya. Walaupun dengan bakat yang dimilikinya namun Liverpool mempunyai pilihan yang lebih baik apabila kembalinya Clyne daripada kecederaan belakang yang menimpanya sekarang.

Ini pilihan yang terbaik buat kelima-lima pemain ini bagi mensasarkan mendapat waktu permainan yang lebih baik. Sama ada mereka akan menjadi sebahagian daripada pemain utama Liverpool atau tidak hanya nasib dan prestasi mereka yang akan menentukannya.

<emAdmin

Bagi admin sendiri terkadang menghairankan apa yang terjadi buat kelima-lima pasukan ini namun Liverpool kini mempunyai pilihan yang lebih baik disetiap posisi yang ada buat masa sekarang.

You’ll Never Walk Alone

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : This Is Anfield

Post Author: Nazz Adam