Joel Matip & Adam Lallana Tidak Berlepas Bersama Skuad Liverpool Ke Brighton

Adam Lallana dan Joel Matip adalah 2 nama besar yang tidak berlepas bersama-sama skuad Liverpool menentang Brighton pada malam ini.

Joel Matip dipercayai mengalami sakit di bahagian ototnya selepas perlawanan menentang Stoke yang lepas yang menyebabkannya terlepas daripada perlawanan ini.

Adam Lallana pula dalam dalam proses untuk mendapatkan semula kecergasannya setelah dilaporkan cedera semasa latihan sebelum perlawanan menentang Stoke yang lepas.

Philippe Coutinho turut bersama dalam skuad ini walaupun tidak diturunkan pada perlawanan lepas. Bersama-sama Coutinho, Jordan Henderson turut berlepas dalam skuad ini.

Mohamed Salah, penjaring terbanyak Liverpool & Liga Perdana Inggeris ada dalam skuad ini bersama beberapa nama ‘familiar’ di bahagian serangan seperti Roberto Firmino, Sadio Mane, Daniel Sturridge & Dominic Solanke.

Sebelum ini, Ragnar Klavan diketepikan dalam perlawanan menentang Stoke dan terpaksa untuk menggunakan Dejan Lovren berpasangan dengan Joel Matip.

Dipercayai, Ragnar Klavan telah pulih daripada kecederaan dan akan berpasangan dengan Dejan Lovren yang mungkin lebih cergas berbanding dilaporkan oleh Jurgen Klopp pada sebelum ini (Jurgen Kloop mengatakan Dejan Lovren tidak cergas sebenarnya dalam perlawanan menentang Stoke lepas).

Arnold Trent Alexandre, Alberto Moreno dan Joe Gomez turut bersama Loris Karius & Simon Mignolet dalam skuad ini.

Di bahagian tengah, hanya Marko Grujic sahaja yang tidak turut serta. Nama lain seperti Emre Can, Gyni Wijnaldum dan Alex Oxlade Chamberlain bersama dalam skuad ini.

Skuad penuh adalah seperti dibawah:

  • Mignolet,
  • Alexander-Arnold,
  • Lovren, Klavan,
  • Moreno,
  • Henderson,
  • Wijnaldum,
  • Coutinho,
  • Salah,
  • Firmino,
  • Mane,
  • Karius,
  • Gomez,
  • Robertson,
  • Milner,
  • Can,
  • Oxlade-Chamberlain,
  • Sturridge,
  • Solanke.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds