Jamie Carragher Berseloroh Mengimbau Kembali Kejayaan Liverpool Dalam UCL

Beliau menyatakan skuad Liverpool dahulu lebih baik dengan membelasah Besiktas – bersama Andriy Voronin!

Bekas pemain Liverpool itu memberikan mesej gurauan kepada skuad Klopp yang membelasah Spartak 7 – 0 dalam perlawanan terakhir kancah UCL.

Phillippe Coutinho menjaringkan hatrik dalam perlawanan itu dengan pemain tersebut mendapat pujian ke atas persembahan yang memukau ketika itu.

Namun Carra memuatnaik satu foto di Instagram beliau bagaimana pasukannya ketika itu adalah lebih baik dengan menewaskan Besiktas 8 – 0pada 2007.

Beliau menyatakan : “Dalam 2007 pasukan ini membelasah Besiktas 8 – 0 dengan mempunyai Andriy Voronin ketika itu!”

Ianya kali terakhir Liverpool mencatatkan hatrik gol sebelum Coutinho meletakkan namanya selaku penjaring hatrik dalam pasukan Liverpool awal pagi Khamis lepas.

Yossi Benayoun menjaringkan hatrik ketika itu, diikuti 2 gol dari Peter Crouch dan Ryan Babel serta 1 gol dari Steven Gerrard.

Liverpool akan menunggu keputusan undian Pusingan Kedua Kalah Mati 16 pasukan dalam UCL pada Isnin depan.

ADMIN

Yang dulu tak sama seperti sekarang wahai Carra.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman