Sadio Mane Akan Mencipta Sejarah Baru Jika Menjaringkan Gol Menentang Everton Pada Malam Ini

Sejak berpindah ke Liverpool, Sadio Mane menjaringkan gol dalam 2 perlawanan awal menentang Everton pada Disember di Goodison Park dan April di Anfield. Kini, jika dia menjaringkan gol malam ini namanya akan terpahat dalam sejarah Liverpool satu-satunya pemain yang menjaringkan gol dalam perlawanan pembukaaan derby setempat buat 3 kali berturut-turut.

Malah, bukan hanya Robbie Fowler seorang sahaja yang berjaya melakukannya sejak 1996 iaitu menjaringkan gol dalam perlawanan menentang The Toffees 3 kali berturut-turut. Namun, Jurgen Klopp juga mencipta sejarah awal apabila satu-satunya pengurus dari Liverpool yang memenangi 3 perlawanan awal dalam derby setempat ini.

Di bawah ini statistik yang penting anda perlu tahu.

👉Liverpool memenangi perlawanan di Anfield 3 musim berturut-turut. Sekiranya berjaya memenanginya mereka akan mencapai kejayaan pertama kali sejak 1994.

👉Daniel Sturridge menjaringkan 7 gol dalam perlawanan menentang Everton secara keseluruhannya. Dengan 4 gol dalam 7 penampilannya untuk Liverpool.

👉Jumlah 27 pemain diberikan kad merah, 9 daripadanya adalah pemain Liverpool manakala 19 pemain lain daripada pihak Everton.

👉4 kad merah yang terakhir buat Liverpool adalah daripada perlawanan liga dan mereka memenanginya.

👉Jika Liverpool dapat mengelakkan kekalahan dalam perlawanan ini maka mereka dapat menyamai rekod lampau 1972 hingga 1978. Dimana, 15 derby menentang Everton tanpa kalah dimana-mana kejohanan.

👉Jika Liverpool berjaya menjaringkan 3 gol malam ini. Ia pertama kali dalam sejarah apabila mencapai kejayaan menentang Evetton fi Anfield dalam 3 musim berturut-turut.

👉Mane, Salah, Coutinho dan Firmino menjaringkan 13 gol dalam 3 perlawanan terakhir mereka keseluruhannya menjaringkan 22 gol dalam 7 perlawanan terakhir.

👉Apabila keempat-empat pemain ini digandingkan diatas padang, secara putata kuartet ini menjaringkan 1 gol setiap 23 minit.

👉Manakala bagi pihak Everton pula hanya memenangi 2 perlawanan dalam 31 perlawanan terakhir mereka bermain di Anfield. Kali terakhir mereka menang adalah pada tahun 1999.

👉Everton melalui 13 perlawanan tanpa menang ke atas Liverpool menyamai rekod pada tahun 1972 hingga 1978.

Ini serba-serbi yang anda perlu tahu statistik pada perlawanan getir malam ini.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : This Is Anfield

Post Author: Nazz Adam