Bournemouth AFC vs Liverpool FC : Info Perlawanan Tengah Malam Ini

Liverpool akan turun ke Vitality Stadium untuk perlawanan menentang Bournemouth pada malam ini.

SEPAKMULA :

Waktu tempatan, 4.30 petang. Dan waktu Malaysia, jam 12.30 tengahmalam.

TONTONAN

Siaran langsung di England dapat ditonton dari siaran Sky Sports Premier League. Manakala di Malaysia, Astro Supersports 816 / 834 HD.

Kami baru sahaja menyiarkan saluran live streaming pada jam 3.30 petang tadi. Dan tiada saluran live streaming dan live fb kami sediakan.

PENGADIL PERLAWANAN

Andre Marriner

Beliau pernah terlibat dalam mengendalikan perlawanan Liverpool hanya sekali musim ini. Ketika kekalahan 4 – 1 Liverpool kepada Spurs.

PEMAIN TUMPUAN 

Bournemouth AFC 

Joshua King dan Jermaine Defoe adalah 2 pemain serangan yang perlu diberikan perhatian malam ini. Defoe adalah pemain berpengalaman dan telah berhijrah ke Bournemouth musim ini.

Pemain sayap mereka, Junior Stanislav dan Ryan Fraser adalah 2 pemain sayap yang laju dalam skuad Bournemouth.

Begitu juga dengan kehadiran Andrew Surman di bahagian tengah. Beliau adalah ‘spark of creative midfield’ untuk Bournemouth.

Liverpool FC

Fabulous Four akan menjadi tumpuan dalam perlawanan malam ini. Meskipun gagal menimbulkan ancaman dan tidak menjaringkan gol dalam perlawanan menentang WBA tempoh hari, mereka berempat turut menjadi ancaman untuk pasukan lawan hari ini.

Adam Lallana dikhabarkan akan diturunkan hari ini, dan mungkin akan diturunkan dalam kesebelasan utama atau sebagai pemain gantian.

Simon Mignolet berkemungkinan besar akan diturunkan tengah malam nanti.

KECEDERAAN DAN PENGGANTUNGAN 

Bournemouth AFC

Tyrone Mings masih cedera di barisan Bournemouth akibat masalah belakang.

Begitu juga dengan Adam Federici dan juga bekas pemain Liverpool, Brad Smith.

Liverpool FC

Nathaniel Clyne dan Joel Matip masih tersisih akibat kecederaan walaupun telah ada tanda tanda pemulihan dari kedua dua pemain.

Alberto Moreno masih cuba untuk pulih dari kecederaan buku lali dan tidak akan bermain hingga Tahun Baru.

Emre Can digantung untuk perlawanan hari ini, dan dijangka Jordan Henderson akan kembali ke posisinya.

Manakala Milner, Robertson dan Gomez dijangka akan pulih menjelang perlawanan malam nanti.

REKOD PERLAWANAN 

Seri 2 – 2 ketika di Anfield.

Afobe menjaringkan gol pendahuluan sebelum Coutinho dan Origi menambah gol untuk Liverpool mendahului.

Namun Joshua King berjaya menyamakan kedudukan pada minit 87 untuk kedua dua pasukan berkongsi mata di Anfield.

Dan di Vitality Stadium? Mimpi ngeri Liverpool di lewat perlawanan apabila tewas 4 – 3 walaupun satu ketika mendahului 3 – 1.

FAKTA PERLAWANAN

Kemenangan Bournemouth 4 – 3 musim lepas adalah yang pertama kali dilakukan kelab itu sejak bertemu Liverpool.

Liverpool tidak pernah menewaskan Bournemouth sejak 2 perlawanan lepas.

Tiada pasukan dari Top 6 yang menjaringkan lebih 3 gol ke atas Bournemouth musim ini.

Namun Liverpool akan meneruskan rentak tanpa kalah dalam 12 perlawanan jika mampu mencatat kemenangan atau seri ke atas Bournemouth.

Mo Salah akan mencatatkan gol peribadi ke 20 beliau sekiranya mampu menjaringkan gol pada malam ini.

ADMIN

Ramalan anda? 3 mata sudah pasti diharap dan harapan supaya Liverpool beraksi lebih baik pada hari ini. YNWA.

Sumber :

1. This Is Anfield

2. The Telegraph

3. Goal.com

Post Author: Mohd Nuruzzaman