Arsenal FC vs Liverpool FC : Info Perlawanan Awal Pagi Esok

Previu ringkas mengenai perlawanan menjelang hari Natal hujung minggu ini.

SEPAKMULA

Secara tradisinya 3.45 pagi waktu Malaysia. Kerana di England, 7.45 malam.

TONTONAN

Untuk peminat di England, ianya akan ditayangkan menerusi Sky Sports Premier League.

Manakala di Malaysia, Astro Supersports 816 / 834 HD.

Kami tidak menyediakan khidmat live streaming dan live fb, namun jika ada kami akan kongsikan bersama anda.

Live streaming seperti di totalsportek dan apps modbro berkemungkinan menyiarkan siaran langsung ini.

PENGADIL PERLAWANAN

Martin Atkinson.

Beliau telah mengendalikan pertembungan ini 2 kali setakat ini, ketika kemenangan Liverpool 2 – 0 pada 2011 dan kekalahan 2 – 0 pada 2013.

Kali terakhir beliau mengendalikan perlawanan melibatkan Liverpool ialah ketika kemenangan 3 – 0 ke atas Stoke City.

Liverpool hanya tumpas sekali dalam 10 perlawanan yang dikendalikan Atkinson.

PEMAIN TUMPUAN

Arsenal FC

Mezut Ozil dan Alexis Sanchez adalah dua pemain yang wajar diberikan tumpuan penuh. Pemain ini merupakan nadi buat Arsenal di bahagian tengah serangan.

Begitu juga dengan kelibat penyerang utama mereka, Alexander Lacazette. Beliau adalah penjaring utama buat Arsenal dengan 8 gol untuk musim ini.

Liverpool FC

Fabulous Four. Salah, Coutinho, Firmino dan Mane adalah pemain barisan hadapan yang perlu diberikan tumpuan untuk perlawanan ini. Terutama Mo Salah yang menjaringkan 20 gol semusim dan mungkin menambah lagi golnya.

Alex Oxlade Chamberlain adalah pemain yang menyerlah minggu lepas, dan semakin meningkat dari hari ke hari sejak menyertai dari Arsenal.

Emre Can berkemungkinan besar akan diturunkan semula pada malam ini.

PENGURUS ARSENAL

Siapa yang tidak kenal akan Arsene Wenger. Sudah 21 tahun membimbing Arsenal.

Telah membawa Arsenal menjulang tiga kejuaraan liga dan 7 kejuaraan FA Cup semenjak 1996.

KECEDERAAN DAN PENGGANTUNGAN

Arsenal FC

Skhodran Mustafi dilaporkan kembali cergas tetapi Olivier Giroud dan Aaron Ramsey tersisih akibat kecederaan hamstring.

Liverpool FC

Liverpool masih kehilangan khidmat Nathaniel Clyne namun difahamkan Joel Matip telah kembali berlatih.

Marko Grujic juga masih tersisih akibat kecederaan.

Emre Can akan kembali memperkuatkan barisan selepas menjalani satu penggantungan dengan mengutip 5 kad kuning dalam perlawanan terdahulu.

REKOD PERLAWANAN TERDAHULU

Liverpool mencatatkan kemenangan 4 – 0 di Anfield pada Ogos lepas, dan kemenangan 3 – 1 di gelanggang yang sama musim lepas.

Pada perlawanan pembukaan liga musim lepas, Liverpool telah mencatatkan kemenangan dramatik 4 – 3 di Emirates dengan gol jaringan sulung Sadio Mane untuk Liverpool.

FAKTA PERLAWANAN

Liverpool hanya menang 2 kali di Emirates atau Highbury dalam 21 pertemuan. Musim lepas adalah kali kedua Liverpool menang di gelanggang Arsenal.

Liverpool hanya mencatatkan satu kemenangan lebih daripada 2 gol menentang Arsenal di halaman mereka  dalam masa 34 tahun.

Arsenal telah memenangi 8 daripada 9 pertemuan di halaman sendiri. Satu satunya kekalahan mereka di Emirates adalah ketika menentang Manchester United.

Namun begitu rekod Liverpool lebih menggerunkan. Liverpool telah mencatatkan 4 kemenangan berterusan di gelanggang lawan dengan margin jaringan sekurang kurangnya 3 gol.

Liverpool telah memenangi 3 daripada 4 pertemuan sebelum ini, tidak termasuk malam ini.

Namun Liverpool telah bolos lebih daripada 9 gol dalam 2 pertemuan dengan pasukan Top 6 di gelanggang lawan.

ADMIN

Ramalan anda? Perlawanan yang sukar namun harapan untuk 3 mata penuh Liverpool tetap ada.

Apapun keputusan, YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman