Gary Neville : 6 Pemain Ini Wajar Dilepaskan Oleh Klopp Dari LFC

Beliau percaya pemain seperti Simon Mignolet, Loris Karius, Dejan Lovren, Ragnar Klavan, Alberto Moreno dan Andy Robertson tidak cukup bagus buat Liverpool.

Dan beliau percaya pemain itu tidak akan memberikan Klopp sebarang kejuaraan di Liverpool.

Liverpool menghilangkan kelebihan mendahului dengan 2 – 0 apabila memberikan Arsenal peluang untuk mendahului dalam masa 5 minit, hasil jaringan Alexis Sanchez, Mesut Ozil dan Granit Xhaka.

Namun begitu jaringan Roberto Firmino menyelamatkan Liverpool untuk membawa balik 1 mata dari Emirates, namun ramai mempercayai bahawa Liverpool sepatutnya menang mudah semasa perlawanan tersebut.

Skuad Jurgen Klopp telah dibolosi 23 gol daripada 19 perlawanan liga musim ini, meskipun ianya dikaburi dengan jaringan yang lebih banyak oleh Liverpool iaitu 41 jaringan.

Hanya Man City yang menjaringkan gol lebih banyak dari Liverpool, dan pasukan itu buat masa sekarang berada di tangga keempat liga dengan perbezaan 20 mata dari Man City.

Mignolet, Lovren dan Moreno dilaporkan telah melakukan beberapa kesilapan individu hingga menyebabkan Liverpool banyak kehilangan mata dalam UCL dan EPL sejak beberapa musim lepas.

Dan Gary Neville berpendapat pemain yang dinyatakan itu harus dilepaskan Liverpool – sambil menambah Ragnar Klavan, Andy Robertson dan Loris Karius tidak mencapai standard pemain untuk Liverpool.

Menurut Neville menerusi Skysports :

“Di Borussia Dortmund Jurgen Klopp mempunyai Neven Subotic, Matts Hummels dan Lukasz Piszczek sebagai bek kanan. Asas bertahan sudah bagus, kerana pemain itu lebih bagus”.

“Anda lihat di Liverpool. Ragnar Klavan? Bolehkah? Dejan Lovren telah mengecewakan saya walaupun beliau bagus ketika di Southampton. Joe Gomez masih terlalu muda dan beliau masih perlu mengembangkan potensi dirinya”.

“Kita bercakap juga mengenai Simon Mignolet dan Loris Karius. Dan kita bercakap mengenai bek kiri; James Milner, Alberto Moreno dan Andy Robertson turut bermain di sana. Adakah anda mempercayai mereka ketika menentang kelab besar?”

“Sebabnya kita bercakap mengenai ini adalah kerana untuk Liverpool berupaya memenangi Liga Perdana dan juga UCL. Itu adalah kayu pengukur pencapaian kelab dalam sejarah”.

“Adakah anda mahukan pemain ini bermain ketika menentang Barcelona atau Real Madrid di gelanggang mereka?”

“Tidak dapat. Klopp tidak dapat memiliki pemain itu dalam perlawanan tersebut. Ianya mustahil dan mereka harus dilepaskan”.

ADMIN

Mungkin beliau bercakap tentang standard kualiti pemain yang perlu ditingkatkan di Liverpool.

Sumber : Sports Review

Post Author: Mohd Nuruzzaman