Merseyside Derby FA Cup : Info Perlawanan Malam Ini

Antara perlawanan pertama Pusingan Ketiga FA Cup 2017 2018 musim ini, adalah pertembungan Merseyside Derby.

SEPAKMULA

Jam 7.55 malam waktu tempatan. Dan waktu Malaysia, jam 3.55 pagi.

TONTONAN

Difahamkan semua tiket di stadium sudah habis terjual.

Namun untuk peminat di England, siaran langsung boleh diikuti menerusi BBC Sports One.

Manakala di Malaysia, Astro Supersport 810 dan 831 HD.

Kami tidak menyediakan link live streaming, namun jika ada kami akan kongsikan bersama anda awal pagi nanti.

PENGADIL PERLAWANAN

Bobby Madley akan menjadi pengadil untuk pertembungan Merseyside hari ini.

Beliau sudah terlibat dalam pertembungan Merseyside Derby yang serupa, pada April 2016 dengan kemenangan 4 – 0 ke atas skuad Reds di Anfield.

Beliau hanya pernah melayangkan 1 kad merah dalam aksi Merseyside Derby, iaitu ke atas Ramiro Funes Mori dua musim lepas atas kekasaran yang dilakukan terhadap Divock Origi.

Liverpool mencatatkan 4 kemenangan, 4 seri dan 2 kali kalah sepanjang Madley mengendalikan perlawanan.

PEMAIN TUMPUAN

Liverpool FC

Roberto Firmino dan Sadio Mane berkemungkinan bakal diturunkan di barisan hadapan pada malam ini.

Sadio Mane perlahan lahan menemui rentak jaringan beliau semula dan Roberto Firmino telah meledak dengan 16 gol musim ini.

Ketiadaan Hendo dan Coutinho bakal memberi peluang semula kepada Alex Oxlade Chamberlain dan Adam Lallana untuk digandingkan semula di bahagian tengah.

Tidak diketahui adakah pemain pertahanan termahal LFC, Virgil Van Dijk akan diturunkan malam ini.

Everton FC

Wayne Rooney adalah penyerang utama mereka. Jaringan pemain ini sangat menghantui pasukan Liverpool semasa era beliau di Man United termasuklah ketika di Everton.

Dominic Calvert Lewis adalah pemain muda yang meningkat naik seperti Dominic Solanke. Beliau sentiasa memberi ancaman di bahagian serangan dengan kepantasan mencari ruang.

Gylfi Sigurdson dan Morgan Schnederlein mungkin diturunkan untuk membantu bahagian tengah Everton.

PENGURUS EVERTON

Sam Allardyce.

Beliau menggantikan Ronald Keoman pada akhir November di mana ketika itu bergelut di zon penyingkiran EPL.

Sebelum kekalahan ke atas Bournemouth dan juga Man United minggu lepas, mereka tidak tewas 7 perlawanan berterusan termasuklah seri 1 – 1 ketika perlawanan di Anfield.

KECEDERAAN & PENGGANTUNGAN

Liverpool FC

Phillippe Coutinho dan Mohamad Salah masing masing tersisih akibat kecederaan paha dan lutut.

Alberto Moreno masih menjalani pemulihan dan Jordan Henderson tersisih selama sebulan.

Masih tidak diketahui bagaimana keadaan Clyne buat masa sekarang.

Everton FC

The Toffees akan turun tanpa kelibat Ramiro Funes Mori, Seamus Coleman dan juga Leighton Baines.

Ross Barkley turut tersisih namun tidak pasti samada perpindahan ke Chelsea itu benar terjadi atau tidak.

REKOD PERLAWANAN TERDAHULU

Beberapa minggu lepas, Liverpool berkongsi mata 1 – 1 di Anfield.

Salah membuka jaringan di Everton menerusi gerakan individu namun menjelang 15 minit terakhir, Wayne Rooney menyempurnakan sepakan penalti selepas Lovren menjatuhkan Calvert Lewis di dalam petak penalti.

FAKTA PERLAWANAN

Perlawanan ini adalah yang ke 24 melibatkan Merseyside Derby dalam FA Cup, namun kedua dua pasukan tidak pernah bertemu di pusingan ketiga sejak 1931 / 1932.

Liverpool tidak terkalah dalam 16 perlawanan sebelumnya, kali terakhir tewas adalah di tangan Spurs.

Everton hanya bolos 9 kali dari 8 perlawanan liga terakhir.

Kali terakhir Liverpool menentang Everton dalam FA Cup adalah pada 2011 2012, dengan kemenangan 2 – 1 hasil jaringan Luis Suarez dan Andy Carroll.

Kali terakhir Liverpool tewas pada pusingan ketiga FA Cup adalah ketika menentang Man United pada Januari 2011.

Everton telah tumpas 2 kali dari 3 perlawanan pusingan ketiga FA Cup, pertama ketika menentang Leicester dan West Ham United secara timbal balik.

ADMIN

Ramalan anda?

Jurgen Klopp telah menyatakan beliau akan meletakkan skuad terkuat, walaupun tanpa Mo Salah dan Coutinho.

Liverpool bakal terlepas kejohanan piala domestik jika tewas, dan tewas bukanlah satu pilihan malam ini.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman